Liverpool keciciran 2 mata lagi di Villa Park dalam aksi yang mereka hampir sahaja menelan kekalahan.
Aston Villa sempat mendahului 2-1 pada separuh masa pertama. Dan Liverpool berharap kepada gol pemain pertahanan, Trent Alexander Arnold untuk mengikat skuad Unai Emery itu.
Liverpool kini 8 mata di atas Arsenal. Namun skuad Mikel Arteta boleh merapatkan jurang mata kepada 5 sahaja kerana Arsenal masih ada satu perlawanan dalam tangan.
Liverpool mencipta yang cukup untuk memenangi perlawanan ini namun gagal diterjemahkan kepada gol terutama sekali Darwin Nunez.
Di mana pemain itu gagal menyempurnakan peluang terbuka ini.
Darwin Nunez might be the worst piece of business Liverpool have done in recent history. ❌ pic.twitter.com/X1hFtJLygf
— Football Talk (@FootballTalkHQ) February 19, 2025
Liverpool terlebih dahulu di hadapan menerusi pemimpin carta penjaring liga iaitu Mohamed Salah pada minit ke-29.
Namun Villa membalas dengan dua gol sebelum rehat hasil jaringan Youri Tielemans minit ke-38 dan Ollie Watkins pada masa kecederaan sebelum rehat.
Trent Alexander Arnold menjadi penyelamat Liverpool dengan gol minit ke-65 selepas bola terbias pada kaki pertahanan.
Tiada tambahan gol terhasil selepas itu. Dengan kedua dua pasukan berkongsi mata.
Kini Liverpool hanya ada pendahuluan 8 mata dengan 1 perlawanan lebih berbanding Arsenal.
Dua aksi seterusnya adalah Liverpool akan berkunjung ke Manchester City sebelum menjamu kunjungan Newcastle.
Sementara Arsenal akan melayan kunjungan West Ham United sebelum berkunjung ke Nottingham Forest.
Saksikan highlight Aston Villa vs Liverpool di sini.