Highlight: Benfica 1 Liverpool 3 – Konate Skor Dan Sempat Buat Hiburan Sahur

Ibrahima Konate menjaringkan gol pertamanya untuk Liverpool dan ianya dicetak dalam aksi Liga Juara Juara Eropah.

Dan kemudian sempat membuat kelakar dengan error yang bukan bukan.

Namun secara keseluruhannya Konate beraksi dengan sangat baik.

Liverpool berjaya menyempurnakan tugasan pertama mereka dengan jayanya.

Konate meletakkan Liverpool di hadapan menerusi tandukan deras menyambut sepakan penjuru pada minit ke-17. Konate yang melonjak tinggi tidak dicabar mana mana pemain.

Liverpool menggandakan pendahuluan kepada 2 gol pada minit ke-34. Kali ini, Sadio Mane berjaya menjaringkan gol.

Kredit kepada Trent Alexander Arnold dan Luis Diaz yang berkerjasama berganding bahu, tolong menolong bantu membantu, dalam usaha mencipta gol itu. Diaz menerika hantaran Arnold dan dengan rendah hati memberikan assist kepada Sadio Mane.

Pada separuh masa kedua, Liverpool mengendurkan tempo mereka. Dan dihukum oleh Benfica. Pemain sasarran Arsenal, Darwin Nunez menyempurnakan hantaran rakannya selepas Konate miss kick di depannya.

Liverpool kemudian agak rapuh. Klopp memutuskan untuk memasukkan tenaga baru dalam pasukan selepas itu.

Alisson sempat membuatkan peminat Liverpool tersedak Milo panas ketika bersahur apabila melakukan aksi Ronaldo Chop.

Mujur berjaya memperdayakan lawan dengan kemas. Kalau tersilap sudah tentunya gawang ternganga di belakang.

Benfica yang semakin agresif dan semakin tinggi secara garisan ofensif – akhirnya dihukum.

Naby Keita melakukan killer pass yang sampai ke kaki Luis Diaz. Diaz berjaya menggelecek penjaga gol dan melepaskan rembatan mudah ke gawang terbuka.

3-1 buat Liverpool. Diaz juga menjadi pemain terbaik perlawanan. Diaz mengekalkan rekod tanpa kalah kepada Benfica di dalam kariernya.

Liverpool pastinya lega membawa pulang agregat 2 gol dari Benfica. Aksi kedua adalah di Anfield. Fokus Liverpool selepas ini pastinya aksi menentang Manchester City pada 11 April 2022 yang akan datang.

Statistik perlawanan

Benfica: 99-Odisseas Vlachodimos, 5-Jan Vertonghen, 30-Nicolas Otamendi, 2-Gilberto, 3-Alex Grimaldo, 49-Adel Taarabt, 27-Rafa Silva, 28-Julian Weigl, 7-Everton, 9-Darwin Nunez, 88-Goncalo Ramos

Pelatih: Nelson Verissimo

Liverpool: 1-Alisson Becker, 66-Trent-Alexander-Arnold, 5-Ibrahima Konate, 4-Virgil van Dijk, 26-Andrew Robertson, 3-Fabinho, 8-Naby Keita, 6-Thiago Alcantara, 10-Sadio Mane, 23-Luis Diaz, 11-Mohamed Salah

Saksikan rangkuman perlawanan di sini:

 

Baca yang lain