[HIGHLIGHT] Chelsea 0 Bayern 3 – Gol Bayern Sedap Sedap Belaka

Chelsea tewas 0-3 di tangan Bayern Munich dalam aksi pertama pusingan 16 akhir Liga Juara Juara Eropah.

Bayern Munich ternyata unggul di Stamford Bridge. Tampil sebagai pasukan yang lebih baik dari segenap aspek berbanding dengan Chelsea.

Pemimpin Bundesliga itu mengikuti jejak langkah RB Leipzig, yang menang ke atas pasukan dari England – Tottenham pada aksi semalam.

Bekas bintang Arsenal, Serge Gnabry sekali lagi menjadi senjata utama ketika beliau London.

Gnabry sangat klinikal dalam perlawanan ini. Menjaringkan dua gol pada awal separuh kedua.

Lewandowski menambah kekecewaan Chelsea apabila beliau menjaringkan 1 gol lagi untuk Bayern Munich.

Alphonso Davies yang merupkan pemain terbaik perlawanan, menjadi nadi penting Bayern.

Marcos Alonso yang dibuang padang lewat aksi selepas mengasari Lewandowski. Beliau tidak dapat bermain pada aksi kedua.

Gnabry memulakam langkah cemerlang Bayern Munich pada minit ke-51, selepas menerima hantaran cut back daripada Robert Lewandowski.

3 minit selepas itu, bekas pemain remaja Arsenal itu bergandingan cemerlang sekali lagi dengan Lewandowski yang melakukan hantaran through pass cantik.

Lewandowski menjaringkan gol ketiga pada minit ke-76. Aksi Alphonso Davies sangat baik dengan melakukan larian deras ke hadapan – terus menghantar kepada Lewandowski.

 

Baca yang lain