De Gea ternyata mengalami mimpi ngeri dalam aksi separuh akhir Piala FA berdepan dengan Chelsea.
Di mana penjaga gol kebangsaan Sepanyol itu telah melakukan dua goalkepeer errors dalam aksi kekalahan United di tangan Chelsea.
United hadir dengan reputasi yang baik dalam perlawanan ini. Mereka pasukan yang berada dalam prestasi terbaik, tak terkalah dalam 19 perlawanan.
Selain itu, dalam 3 pertemuan di antara United sebelum ini Setan Merah menang kesemua tiga perlawanan dalam semua kompetisi.
Once players, now managers…
LET'S GO 🤩#EmiratesFACup #MUNCHE pic.twitter.com/cNcSxPetpZ
— Emirates FA Cup (@EmiratesFACup) July 19, 2020
Taktikal Ole
Selepas settled down dengan sistem back 4, sama ada 4-2-3-1 ataupun 4-3-3, Ole telah gegatal cuba bereksperimen dengan sistem back 3 dalam perlawanan ini.
Benda ni gamble. Kalau ada pulangan maka untunglah. Kalau silap percaturan maka hancurlah.
Vuelve el 3-4-1-2:
Al arco DE GOD(correte Romero);
Línea de 3 con Lindolof, elBromas y Cabeza de Caja;
Más adelante XXXDefensor, el Pastorcito, el SerbioSinSangre y OjoLoco;
Como enganche DientesDeCaballo, más arriba Cabito y Político.
Dirige técnicamente: Ole Chacho Solskjaer pic.twitter.com/0N60DQ0EWU— Manudarg (@ManUdArg) July 19, 2020
Chelsea intensif
Chelsea bermula dengan lebih intensif dan dominan. Mereka banyak mencipta peluang daripada semua arah.
United dilihat bertahan dan Ole cuba menyakitkan Chelsea sekali lagi dengan serangan balas – menerusi pace yang ada pada Daniel James dan Marcus Rashford.
Bruno Fernandes menjadi sumber outlet penting mereka untuk serangan balas.
Namun Kovacic dan Mason Mount sangat cemerlang di tengah.
Man United kemudian kelihatan bergelut dengan kecergasan dan stamina. Kerana ada beberapa pemain mereka yang overused.
Kesilapan individu Man United
Dalam perlawanan ini Man United melakukan 3 kesilapan individu yang membawa kepada gol lawan.
Dua daripada De Gea dan satu daripada Harry Maguire.
De Gea melakukan goalkeeper error ketika cuba menepis bola jarak dekat Olivier Giroud.
GIROUD! 🤩#EmiratesFACup #MUNCHE pic.twitter.com/ZslmfqUOJb
— Emirates FA Cup (@EmiratesFACup) July 19, 2020
Dan tidak lama kemudian De Gea ditewaskan oleh Mason Mount menerusi percubaan luar kotak penalti.
Low & hard from Mason Mount! 👊#EmiratesFACup #MUNCHE pic.twitter.com/8DZE2TnmWB
— Emirates FA Cup (@EmiratesFACup) July 19, 2020
Mimpi ngeri De Gea berterusa apabila kapten United, Harry Maguire tertampan bola ke gawang sendiri.
One, two, three for @ChelseaFC! 🤩#EmiratesFACup #MUNCHE pic.twitter.com/6jr3yiLACC
— Emirates FA Cup (@EmiratesFACup) July 19, 2020
Manchester United mendapat satu gol saguhati menerusi penalti oleh Bruno Fernandes yang tenang menewaskan Caballero.
Bruno makes no mistake 🎯#EmiratesFACup #MUNCHE pic.twitter.com/o55m5yV8Gu
— Emirates FA Cup (@EmiratesFACup) July 19, 2020
Masa penuh menyaksikan Chelsea menang 3-1 ke atas United. Sekaligus mara ke final Piala FA mereka yang ke-14.
Sebelum ini Ole Gunnar Solskjaer sudah memberikan jaminan bahawa De Gea akan tetap menjadi penjaga gol utama United pada musim depan.
Malah Ole melabel De Gea masih penjaga gol terbaik di dunia. Ia memberikan gambaran bahawa, agak mustahil untuk Dean Henderson akan kembali menjadi penjaga gol utama.
Derbi London di final
Lawan mereka adalah Arsenal, seterus se-London.
Arsenal semalam menang ke atas satu lagi pasukan dari bandar Manchester iaitu Man City dengan jaringan 2-0, di mana Aubameyang menjaringkan kedua dua gol.
Introducing your #HeadsUpFACup finalists 🙌@Arsenal 🆚 @ChelseaFC pic.twitter.com/Xu49fd5RYi
— Emirates FA Cup (@EmiratesFACup) July 19, 2020
Ini bermakna akan ada ahli baru untuk pengurus yang akan memenangi Piala FA. Memandangkan Frank Lampard dan Arteta masing masing pengurus baharu dan ini merupakan musim debut mereka bersama pasukan masing masing.