Highlight EPL: Arsenal 3 Chelsea 1

Arsenal bangkit daripada kekalahan teruk mereka kepada Manchester City dengan mencatatkan kemenangan 3-1 ke atas Chelsea yang sedang bergelut di Stadium Emirates pada hari Selasa untuk memastikan harapan gelaran Liga Perdana Inggeris tetap hidup.

Martin Odegaard menjaringkan dua gol dalam 13 minit separuh masa pertama sebelum Gabriel Jesus menambah gol ketiga sebelum separuh masa menentang pasukan Chelsea yang terlalu hambar dan pasif kepada saingan sesama bandar London mereka.

Chelsea menghadirkna lebih banyak tentangan selepas rehat dan menghalang jaringan yang lebih banyak daripada Arenal. Kemudian menjaringkan gol saguhati menerusi Noni Madueke pada pertengahan separuh masa kedua.

Ianya adalah musim yang menyedihkan Chelsea di atas padang. Walaupun kegembiraan mereka musim ini adalah pada dua jendela perpindahan mendengar nama nama besar dibawa masuk.

Namun Chelsea bergelut untuk membina pasukan yang stabil.

Chelsea menelan kekalahan keenam mereka dalam enam perlawanan sejak Frank Lampard dilantik menjadi pengurus sementara.

Frank Lampard menamakan bekas penyerang Arsenal Pierre-Emerick Aubameyang dalam kesebelasan utama buat kali pertama dalam tempoh enam bulan tetapi dia bertahan hanya 45 minit sebelum digantikan.

Ianya selepas satu lagi aksi hambar berdepan dengan Arsenal.

Dari wisel pertama, jelas bahawa perubahan Lampard tidak akan memberi kesan yang diingini.

Ia hanya mengambil masa 18 minit untuk Arsenal berada di hadapan. Granit Xhaka menghantar bola rendah melintasi kawasan penalti di mana Odegaard yang tidak dikawal sedang menunggu untuk melakukan rembatan yang melencong cantik.

Chelsea tidak lama kemudian menjadi mangsa gol yang hampir sama daripada Odegaard. Sekali lagi Xhaka membekalkan hantaran dari kiri dan Odegaard, kali ini terhubung dengan bola di dalam kotak  penalti, disudahkan dengan kemas dan rendah melepasi Kepa Arrizabalaga yang terkepung.

Tiga minit kemudian, pertahanan Chelsea yang lebih longgar membolehkan Arsenal menjadikan kedudukan 3-0. Selepas terlepas beberapa peluang untuk mengeluarkan bola dari hantaran silang ke tiang belakang, Jesus berjaya merembat bola dari jarak dekat.

Arsenal hampir menambah kelebihan mereka pada beberapa kali pada permulaan separuh masa kedua, termasuk memaksa Thiago Silva untuk mengeluarkan bola dari atas garisan golnya sendiri.

Pelawat akhirnya menemui jaringan pada minit ke-65. Dengan hanya gol kedua dalam era kepulangan semula Lampard,

Pemain yang datang pada Januari, Madueke meraih gol pertamanya dalam jersi Chelsea ketika dia menyambar hantaran dari Mateo Kovacic.

Tamat perlawanan Arsenal 3 Chelsea 1.

Chelsea nampaknya sudah boleh melupakan mana mana pertandingan eropah untuk musim hadapan. Dengan Arsenal kembali ke puncak liga sekali lagi dalam usaha mereka terus bersaing dengan Man City.

Baca yang lain