Highlight EPL: Aspirasi UCL Arsenal Dirosakkan Oleh Newcastle, Ben White Own Goal

Sebelum aksi di Spurs, Arsenal berada di 4 teratas dengan kelebihan 4 mata.

Namun malangnya mereka kalah di tangan musuh utama mereka di Kota London sebelah utara itu.

Arsenal kemudian menelan satu lagi kekalahan di tangan Newcastle, dalam aksi yang mereka wajib menang untuk merampas semula kelebihan di tempat keempat menjelang aksi terakhir EPL musim ini.

Beberapa bulan lalu, Arsenal menunjukkan prestasi cemerlang. Mereka menjadi pasukan yang mencatatkan rekod kemenangan berturut turut yang luar biasa pada Mac lalu.

Tetapi selepas itu Arsenal bergelut dengan prestasi. Mereka kalah dalam 3 perlawanan berturut turut yang meletakkan mereka dalam risiko terkeluar daripada 4 teratas.

Arsenal berjaya menebus semula rekod buruk itu dengan kemenangan penting ke atas Chelsea dan Manchester United serta Leeds.

Membuatkan Mikel Arteta dihadiahkan kontrak baharu oleh pengurusan Arsenal.

Arsenal berada di driving seat untuk ke UCL musim hadapan. Tetapi apa dah jadi? Mereka kalah di Stadium Tottenham dan hari ini kalah lagi di St James’ Park.

Newcastle memang bukan lawan yang mudah. Kerana pada tahun 2022, sejak mereka menjadi kelab yang dimiliki Pak Arab, Newcastle menjadi pasukan kedua terbanyak meraih mata dalam EPL pada tahun ini. Hanya Liverpool dan Man City sahaja di atas mereka.

Skuad kendalian Mikel Arteta memerlukan kemenangan untuk mengatasi Tottenham di tangga keempat dan meletakkan mereka kembali mengawak nasib mereka sendiri untuk ke UCL.

Tetapi mereka ternyata pasukan kedua terbaik dalam aksi di St James’ Park dari minit pertama sehingga minit ke-90.

Pasukan tuan rumah beraksi lebih baik dan lebih kesungguhan.

Arsenal bernasib baik kerana tak bolos awal pada separuh masa pertama ketika bola hantaran cuai Ramsdale dipintas oleh Almiron. Mujur tak ada gol terhasil.

Ramsdale berkeringat untuk menafikan beberapa percubaan Newcastle termasuk percubaan deras Allan St Maximin.

Pada separuh masa kedua,  Ben White tertampan bola ke gawang sendiri ketika berada di bawah tekanan daripada Callum Wilson, yang membuat permulaan pertama sejak 27 Disember.

Bruno Guimaraes, yang telah menjadi watak penting pasukan sejak menyertai Newcastle pada awal tahun ini, kemudian melengkapkan kemenangan mengagumkan itu apabila dia meledak ke gawang ketika Arsenal ketika Aaron Ramsdale cuba melakukan double saves selepas menghadang Wilson.

Arsenal hilang karakter yang diharapkan. Mereka tidak memberikan banyak ancaman kepada Newcastle.

Tamat perlawanan, Newcastle 2 Arsenal 0.

Highlight:

Keputusan itu, yang turut mengesahkan kedudukan Chelsea dalam kelompok empat teratas, bermakna Arsenal mesti menewaskan Everton dalam perlawanan terakhir mereka musim ini pada Ahad sambil berharap Tottenham tewas di tangan pasukan yang sudah sah tersingkir, Norwich.

Newcastle, pastinya gembira dengan penamat musim ini. Kerana beberapa bulan lamanya mereka bergelumang dengan zon penyingkiran.

Newcastle masih belum dapat berbelanja besar untuk membeli pemain walaupun sudah melakukan beberapa penandatanganan.

Jadi, ini adalah amaran kepada Arsenal bahawa, Newcastle mahu memberitahu Arsenal bahawa mereka sedia untuk mencabar slot ke eropah bermula musim hadapan.

Peminat Arsenal pastinya kecewa dengan keputusan ini. Kerana kali terakhir Arsenal bermain di UCL adalah pada musim 2016/17.

Kegagalan mara ke UCL untuk tahun keenam berturut turut pastinya bukan pilihan yang bagus untuk Arsenal. Ianya akan memberikan kesan kepada bajet pasukan mereka, dalam usaha kelab itu mahu bersaing dengan big six yang lain.

Namun secara matematiknya, Arsenal masih bersaing untuk ke UCL. Mereka mengharapkan Spurs kalah dan pada masa yang sama mereka harus menewaskan Everton yang pasti akan berjuang mati matian untuk mengelak penyingkiran.

Jika Spurs seri sekalipun, Arsenal akan meratapi kegagalan ke UCL. Kerana jika Spurs seri dan Arsenal menang, kedua dua pasukan akan terikat mata. Namun Spurs memiliki perbezaan jaringan lebih baik.