Highlight Gol: JDT Juara Piala FA 2022! Bergson Sumbat 2 Gol

JDT dan Terengganu berentap pada aksi perlawanan akhir yang dilangsungkan di Stadium Nasional Bukit Jalil.

JDT memburu kejuaraan kedua manakala Terengganu memburu kejuaraan ketiga mereka dalam sejarah Piala FA yang bermula pada 1990.

Kedua dua pasukan tampil dengan formasi 4-3-3 pada kesebelasan utama mereka.

JDT mendapat peluang pertama menerusi percubaan Arif Aiman yang terkena tiang. Dia dibiarkan bebas di bahagian sayap.

Kedua dua pasukan kemudian cuba menembusi kubu pertahanan antara satu sama lain. Namun bergelut dengan kreativiti.

Selepas 20 minit aksi, Kipre mendapat peluang keemasan menerusi peluang 1 lawan 1 namun tidak dapat disudahkan dengan sebaiknya.

Pada minit ke-36, Arif Aiman akhirnya meletakkan JDT di hadapan menerusi satu cut inside dan lencongan rendah. JDT 1 Terengganu 0.

Minit ke-38, Lowry mendapat peluang free header. Namun percubaannya sedikit tersasar dengan penjaga gol Terengganu sudah terpaku tidak dapat berbuat apa apa daripada situasi point blank header.

Separuh masa pertama berakhir dengan JDT mendahului Terengganu 1 gol di hadapan.

Bermula separuh masa kedua, Forrestierri memiliki peluang untuk melepaskan rembatan pada awal 3 minit pertama. Namun dia terlalu banyak berpusing dan kehilangan ruang yang dia mahukan.

Pada awal 15 minit separuh masa kedua, Terengganu banyak melakukan hantaran lemah dan tak tepat.

Ketika perlawanan memasuki waktu sejam, JDT memiliki peluang terbaik apabila Forestieri menyungkit bola untuk melepaskan Bergson yang keseorangan. Dalam situasi 1 lawan 1, penjaga gol Terengganu, Rahadiazli telah menjatuhkan penyerang itu.

Pengadil tiada pilihan selain memberikan penalti buat JDT.

Bergson sendiri yang mengambilnya dan tenang menyudahkannya untuk menjadikan kedudukan 2-0.

Pada minit ke-76, Terengganu merapatkan jurang gol. Ianya berpunca daripada kesilapan pertahanan JDT dan kemudian Farizal Marlias gagal menyelamatkan bola. Kipre merembat bola dan terkena pipi Farizal terus masuk.

Ketika Terengganu berkira kira mahu menjadikan gol itu pembakar semangat, penjaga gol mereka Rahadiazli sekali lagi melakukan goalkeeping error. Kali ini dia cuba sweeping bola di tengah padang dalam keadaan ada 2 pertahanan yang berada di kedudukan last man.

Rahadiazli gagal dan bola dirampas Sumareh.

Sumareh yang hampir kehilangan bola berjaya menolak kepada Bergson yang dengan licik melakukan lob. Gol yang cantik dan berbaloi untuk mendapat kad kuning kerana meraikannya.

Tamat perlawanan, JDT 3 Terengganu 1.

Rumusan

Syabas kepada JDT. Dan kepada Terengganu diharap final ini dijadikan medan untuk menimba pengalaman final untuk dibawa pada masa akan datang.

Dari segi persiapan mental dan fizikal, jelas JDT pasukan lebih baik. Terengganu seperti kurang bersedia untuk aksi final pada hari ini dari segi banyak aspek. Paling utama adalah mentaliti final.

Namun harus diingat kelompok pasukan JDT yang ada di final ini sudah banyak pengalaman di final dan tahu cara mengendalikan tekanan dalam perebutan kejuaraan.

Dalam bola sepak, pasukan yang kalah harus belajar daripadanya. Jika tidak, ianya akan menjadi kekalahan yang sia sia.

Baca yang lain