Jepun benar benar menjadikan China mangsa belasahan mereka dalam aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 Zon Asia.
Jepun jelas sekali menepati status mereka selaku pasukan pilihan untuk menang dalam perlawanan ini. Namun tidak sangka sampai 7 gol tanpa balas yang mereka hasilkan.
China yang sebelum ini menyatakan misi utama mereka adalah mara ke Piala Dunia selepas kali terakhir mereka mara ke Piala Dunia adalah pada 2002.
Bintang bintang Jepun yang berpangkalan di Eropah seperti Mitoma, Endo, Minamino dan Kubo terlalu hebat untuk China.
Jepun memulakan hari pembelasahan ke atas lawan mereka dengan gol pembukaan oleh Endo. Kemudian Mitoma mencetak gol kedua setelah dia kembali semula ke pasukan kebangsaan Jepun.
Sebelum ini dia disisihkan kerana berehat panjang akibat kecederaan. Dan kali ini dia muncul semula di hadapan peminat Jepun sendiri dengan aksi berkelas dunia.
Bekas bintang Liverpool, Takumi Minamino juga cemerlang di hadapan gol, di mana dia berjaya mencetak 2 lagi gol untuk Jepun.
Sementara 3 lagi gol ditambah oleh Junya Ito, Daizen Maeda dan Takefusa Kubo.
Takefusa Kubo adalah playmaker penting Jepun dalam beberapa tahun ini dan dia sekali lagi membuktikan kualitinya.
China jelas sekali membimbangkan peminat mereka. Di mana ada yang menganggap China benar benar sudah terlalu mundur dalam bola sepak berbanding dengan gergasi Asia seperti Jepun.
Saksikan highlight perlawanan di sini: