Highlight: Lihat JDT Kejutkan Suwon Bluewings

Wakil Malaysia iaitu Johor Darul Ta’zim berjaya mencipta salah satu kejutan terbesar di dalam liga juara juara AFC pada musim ini.

Johor Darul Ta’zim menewaskan bekas juara iaitu Suwon Bluewings dalam perlawanan kedua peringkat kumpulan.

Kemenangan ini lebih bermakna apabila dicatatkan pada aksi pertama Johor Darul Ta’zim di Stadium baharu mereka iaitu Stadium Sultan Ibrahim yang terletak di Nusajaya.

Johor Darul takzim dan Suwon Bluewings masing-masing memiliki percubaan gol awal di dalam perlawanan ini.

JDT menguji gawang lawan dengan percubaan awal daripada Nazmi Faiz Mansor namun agak sedikit tersasar.

JDT akhirnya di hadapan apabila mereka dihadiahkan sepakan penalti oleh pengadil perlawanan.

Bintang Johor Darul Ta’zim iaitu Gonzalo Cabrera tidak melakukan kesilapan dan menyempurnakan penalti tersebut dengan penuh yakin dan tenang.

Pujian juga harus diberikan kepada Nazmi Faiz Mansor yang melorongkan bola cantik kepada Diogo Luis Santos. Itulah yang mencetuskan penalti untuk pasukan tuan rumah apabila Diogo Luis Santo dijatuhkan.

Ianya agak kontroversi kerana Diogo Luis Santo kelihatan dijatuhkan di luar kotak penalti.

Namun pengadil tidak dapat melihat insiden itu dengan baik kerana ia berlaku dengan sangat pantas jadi penalti diberikan.

Johor Darul Ta’zim bertahan dengan baik sepanjang separuh masa pertama.

Bersambung pada separuh masa kedua pasukan gergasi Korea Selatan Suwon Bluewings melakukan pertukaran drastik di dalam taktikal Mereka dengan memasukkan beberapa pemain.

Hasilnya mereka berjaya menyamakan kedudukan pada awal separuh masa kedua pada minit ke-51 menerusi Antonis.

Pada awalnya, gol itu dijangka akan menyentap semangat Johor Darul Ta’zim.

Namun telahan itu ternyata silap apabila pasukan JDT terus memberikan saingan yang sama dengan aksi mereka separuh Masa pertama.

JDT terus melakukan beberapa lagi siri serangan ke kubu lawan. Cuma agak menghampakan apabila beberapa penyudah mereka lemah.

Suwon Bluewings ternyata keletihan dalam perlawanan ini. Dan mereka mulai hilang fokus.

Hasilnya pada minit ke-73, Mauricio menjaringkan gol kemenangan JDT menerusi tandukan depan gol. Ianya hasil umpanan menarik Nazmi Faiz Mansor.

Tiada tambahan gol dicatatkan. JDT mencipta kemenangan bersejarah mereka ke atas Suwon Bluewings.

JDT kini berada di tangga kedua kumpulan G.

Saksikan rangkuman aksi JDT di sini:

Baca yang lain