Highlight Di Page Liverpool Dipenuhi Pujian Ke Atas Ramsdale: “Jadikan Dia No.1 England”

Aaron Ramsdale masih menerima pujian melambung terutama sekali daripada penyokong lawannya.

Walaupun bolos 4 gol, namun ianya tak menafikan kehebatan Ramsdale pada malam tadi. Tak satu pun bolos itu kerana kesilapan Ramsdale.

Sebaliknya ianya kerana kelemahan marking, kesilapan hantaran pemain sendiri dan juga serangan balas.

Liverpool berkongsi highlight aksi menentang Arsenal. Paling menarik ramai penyokong Liverpool memberikan pujian kepada penjaga gol Arsenal, Aaaron Ramsdale.

Berikut antara beberapa komen daripada peminat Liverpool yang memuji Ramsdale:

Korage: “Penjaga gol Arsenal menunjukkan aksi sangat hebat. Boleh kena 8 tu.”

Felix: “Kalau tak sebab keeper Arsenal, mereka boleh bolos enam atau tujuh.”

Michael Jones: “Ramsdale menikmati aksi cemerlang. Kudos kepada dia, boleh skor 8 kita tadi kalau lawan keeper keeper lain.”

Anurak: “Respect kepada Ramsdale, berjaya mengurangkan jurang kedudukan malam ni.”

Dibalas Stefan Binder: “Kudois kepada mereka, kami [Arsenal] tak ada la teruk sangat, cuma Liverpool terlalu bagus.”

Justin Lousy mahu Ramsdale dijadikan penjaga gol no.1 England berdasarkan prestasi semasanya.

Ada juga yang meminta Arsenal menaikkan gaji Ramsdale kerana prestasinya.

Aaron Ramsdale memulakan kariernya di Arsenal dengan sangat cemerlang. Sebelum aksi di Anfield, Ramsdale mencatatkan rekod tanpa kalah dan mengekalkan tempatnya sejak debut September lalu berdepan Norwich.

Prestasi cemerlangnya awal musim ini, dan kemerosotan aksi Pickford, serta kegagalan Dean Henderson mendapat minit, membuatkan Southgate memanggilnya untuk merebut slot penjaga gol no.1 England.

Beliau melakukan debut berdepan San Marino minggu lalu.

Sebelum aksi berdepan Liverpool, Ramsdale cemerlang dengan kadar saves 86.2%. Kedua tertinggi di belakang Edouard Mendy.

Ramsdale sebelum ini dibeli dengan nilai £24 juta oleh Arsenal. Dianggap pembelian yang mahal dan tak berbaloi.

Ramai juga yang menganggap Ramsdale dalam kariernya hanya dikenali dengan membawa pasukannya ke penyingkiran.

Namun kini beliau membuktikan kualitinya. Ramsdale bukan sahaja bagus ketika mengawal gawang namun sangat bagus dalam hantaran untuk permainan yang berasaskan binaan dari bawah.

Buat masa ini Ramsdale sedang berada di landasan yang tepat untuk  menjadi penjaga gol no.1 England pada Piala Dunia 2022 nanti. Dengan syarat dia mengekalkan prestasinya.

Kehebatan Ramsdale membuatkan Bernd Leno ditolak ke bangku simpanan.

Prestasi beliau di Anfield juga sangat baik. Melakukan beberapa siri saves yang super power. Antaranya ketika dia melakukan double saves menafikan percubaan Thiago dan Mane. Kemudian menafikan percubaan Salah dengan kegeniusannya menolak bola dengan tangan kiri ke tangan kanannya agar Salah tidak dapat mencucuk bola itu.

Ramsdale melakukan 5 saves dalam perlawanan ini.

Kebanyakan saves itu adalah save yang sukar.