Highlight: Malaysia 1 Thailand 0 – Faisal Halim Bersiuuu Di Bukit Jalil!

Faisal Halim menjadi wira kemenangan Malaysia berdepan Thailand dalam aksi separuh akhir pertama Piala AFF 2022.

Faisal Halim menjaringkan gol pada awal separuh masa pertama untuk membuatkan Stadium Nasional Bukit Jalil gegak gempita dengan sorakan puluhan ribu penyokong Harimau Malaya.

Malaysia kemudian melancarkan beberapa siri serangan lagi namun tumpul.

Malaysia turut memberikan tekanan tinggi dengan counterpressing pada awal perlawanan. Tetapi tidak dapat mencetuskan ancaman lebih kuat di final third.

Quentin Cheng mendapat peluang selepas itu namun sepakannya menuju ke tiang gol Jay Chou.

Thailand mencari cari rentak pada awal 20 minit pertama permainan.

Namun selepas itu mereka berjaya mendominasi perlawanan.

Syihan Hazmi menafikan peluang yang diperoleh oleh Ekanit Panya.

Pada separuh masa kedua berlaku kontroversi apabila gol minit ke-55 Dominic Tanb dibatalkan pengadil.

Pengadil merasakan bahawa ada perlanggaran sebelum gol itu berlaku.

Keadaan menjadi tegang di atas padang. Namun pengadil berjaya menenangkan keadaan.

Thailand kemudian berterusan menyerang ke kubu Malaysia, namun penyudah tumpul menghampakan mereka.

Tamat perlawanan, Malaysia 1 Thailand 0. Satu gol dibawa bekalan ke bumi Siam nanti.

Baca yang lain