Highlight: Man United 2 Man City 0 – Bandar Manchester Adalah Merah

Manchester United berjaya menewaskan Manchester City dalam aksi derbi Manchester pada aksi Liga Perdana Inggeris.

Manchester City menguasai sebahagian besar daripada perlawanan namun mereka gagal untuk mendapatkan sebarang gol.

Ketiadaan Kevin de Bruyne sangat dirasai oleh skuad bimbingan Pep Guardiola itu. Kehilangan magis oleh Kevin de Bruyne di tengah membuatkan Man City hilang spark.

Ederson melakukan tiga kesilapan dan dua daripadanya menjurus kepada gol.

Manchester United di hadapan menerusi Anthony Martial. Ianya berpunca daripada sepakan percuma licik yang diambil Bruno Fernandes.

Bruno Fernandes melakukan satu sungkitan yang disambar oleh Anthony Martial. Pemain antarabangsa Perancis itu kemudian menewaskan Ederson di near post. Ederson gagal menampan bola tersebut.

Bruno Fernandes terus cemerlang menyumbang secara langsung kepada old Manchester United. Dan itu merupakan bantuan gol yang ketiga dilakukan oleh pemain antarabangsa Portugal itu daripada 5 perlawanan setakat ini dalam Liga Perdana Inggeris.

Pada separuh masa kedua Manchester City terus bergelut untuk mencipta peluang gol. Mereka berjaya meningkatkan lagi penguasaan bola dalam perlawanan ini.

Kecemerlangan pertahanan berlima Manchester United dan juga David de Gea membuatkan Manchester City buntu untuk mendapatkan sebarang gol.

Paling hampir adalah pengerusi Sergio Kun Aguero. Namun kau tersebut dibatalkan kerana ofsaid.

Manchester United juga hampir menambah gol apabila Ederson melakukan kesilapan ketika cuba menahan bola.

Mujurlah penjaga gol kebangsaan Brazil tersebut berjaya melakukan clearance di saat akhir ketika ditekan oleh Anthony Martial.

Manchester United memiliki beberapa siri serangan balas pantas terutama sekali menerusi Daniel James.

Namun sayang sekali mereka banyak kehilangan bola pada fasa akhir serangan kilat tersebut.

Daniel James  ni laju dan banyak sekali melepasi garisan pertahanan akhir Man City. Namun decision making dan finishing dia di final third agak menghampakan.

Ketika masuk ke masa kecederaan, Ederson melakukan satu lagi kesilapan yang sukar untuk diterima. Beliau telah membaling bola terus kepada Scott McTominay.

McTominay tidak berfikir panjang dan terus melakukan first time Shot yang menewaskan Ederson – dengan gawang beliau yang ternganga.

Gol itu sangat lewat iaitu pada minit ke 90+7. Man United menang 2-0 ke atas Man City dan mengecat merah bandar Manchester.

Inilah kali pertama Man United menang back to back dalam aksi liga, pasca era Sir Alex Ferguson. Kali terakhir sebelum ini mereka melakuakannya adalah pada 2009/10.

Kekalahan ini membuatkan skuad Pep Guardiola kekal ketinggalan 25 mata di belakang Liverpool.

Hanya dua kemenangan sahaja lagi memisahkan Liverpool daripada kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim ini.

Dan Man United pula berjaya mengelakkan daripada jurang mata terlalu jauh daripada Chelsea yang menang 4-0 ke atas Everton dalam aksi lebih awal.