[Highlight] Perak 3 Kedah 1 – Yob Juara Unity Shield

Unity Shield edisi kedua – perlawanan pra musim – di antara Perak dan Kedah kali ini milik pasukan Selandang.

Perak yang beraksi di tempat sendiri menang 3-1 ke atas pasukan Kedah.

Dilaporkan lebih 17,000 penonton hadir menyaksikan derbi utara ini.

Unity Shield merupakan idea yang dicetuskan oleh persatuan bola sepak Perak dan Kedah bermula musim lalu.

Ianya adalah perlawanan pra musim di antara kedua dua pasukan  – sambil tanda persahabatan sebelum musim sebenar bermula.

Aksi di atas padang

Perak tidak menunggu lama, apabila capitano Sharul Saad meletakkan Yob di hadapan pada minit ke-4.

Pasukan Kedah yang agak tersentak dengan jaringan itu terus cuba mencari gol. Kedah melakukan beberapa siri serangan ke gawang pasukan Perak. Namun penyudah yang lemah.

Perak kemudian berjaya mengimbangi perlawanan dan melakukan serangan. J Partiban melakukan rembatan yang ditepis oleh penjaga gol kebangsaan – Ifwat Akmal.

Shahrel Fikri melakukan percubaan, yang juga berjaya dinafikan penjaga gol.

Selepas beberapa kali mencuba, akhirnya Perak mendahului menerusi Shahrel Fikri, hasil permainan kombinasi dengan De Paula.

Kedah bergelut untuk mendominasi bahagian tengah. Mohammad Nasrullah Abdul Aziz juga cemerlang di gawang gol. Separuh masa pertama berakhir dengan Perak 2 gol di hadapan tanpa balas.

Bersambung babak kedua, Kedah terus memburu jaringan. Percubaan Kipre mencemaskan penyokong tuan rumah, tetapi tak masuk.

Aidil Sharin kemudian melakukan beberapa pertukaran dan perubahan taktikal. Dan ianya memberikan impak.

Selepas 68 minit beraksi, Kpah Sherman merapatkan jurang gol buat Lang Merah.

Namun Perak sekali lagi melebarkan pendahuluan kepada dua gol menerusi Careca pada minit ke-78.

Kedah gagal untuk menjaringkan sebarang gol dan Perak bertahan dengan baik untuk memastikan kejuaraan milik mereka.

Ianya kemenangan bermakna untuk Perak dalam usaha mereka mempersiapkan diri menghadapi musim baharu MSL 2020.

Kedah akan mempersiapkan diri bagi berhadapan dengan JDT dalam aksi Piala Sumbangsih.

Saksikan rangkuman aksi di sini:

Ini versi extended:

Baca yang lain

Bernardo Silva Singkir Chelsea

Chelsea disingkirkan oleh Manchester City daripada separuh akhir Piala FA 2023/24. Jaringan tunggal oleh Bernardo Silva minit ke-84, membuatkan Chelsea gigit jari