Highlight Piala Carabao: Minamino 2 Gol 1 Assist, Shaqiri Skor Dengan Sepakan Percuma Roket

Liverpool melangkah ke pusingan keempat Piala Carabao selepas menewaskan pasukan League One, Lincoln City 7-2.

Pada perlawanan pusingan ketiga yang diadakan oleh Stadium Sincil Bank, Liverpool berjaya menjaringkan empat gol tanpa balas.

Liverpool tidak membawa beberapa pemain utamanya termasuk trio serangan Mohamed Salah, Sadio Mane, dan Roberto Firmino. Diogo Jota berada di bangku simpanan pasukan.

Xherdan Shaqiri, Takumi Minamino dan Divock Origi bermain di barisan serangan pasukan.

Pada minit kesembilan Xherdan Shaqiri membuka jaringan pasukannya dengan sepakan percuma world class dari luar kotak penalti dan bola menuju ke sudut kiri atas gawang Lincoln

Liverpool mendapat gol kedua mereka pada minit ke-18. Minamino memanfaatkan kesilapan pertahanan lawan. Pemain Jepun dengan cantik merembat lencong bola ke gawang.

Liverpool kemudian mendapat gol ketiga pada minit ke-32. Ianya satu lencongan padu daripada Curtis Jones pada minit ke-32.

Liverpool hampir tak memberikan bola langsung kepada lawan pada 34 minit pertama.

Jones terus cemerlang menjaringkan gol keduanya selepas menerima hantaran Harvey Elliott, Jones merembat tepat untuk memastikan Liverpool masuk ke bilik persalinan dengan misi selesai.

Memasuki babak kedua, Liverpool tidak memperlahankan tempol mereka dan mengekalkan intensiti permainan mereka.

Hasilnya pada minit ke-46, Minamino melakukan rebound selepas percubaan Elliott yang ditepis.

Liverpool memberikan debut kepada Diogo Jota pada minit ke-57 menggantikan Harvey Elliot.

Namun selepas itu Liverpool agak leka di barisan pertahanan. Dan dibolosi oleh Adetayo Edun yang menewaskan Adrian.

Liverpool kembali mendapat kelebihan lima gol pada minit ke-65. Marko Grujic mendapat bola liar di depan kotak penalti dan merembat bola ke sudut kanan bawah jaring Alex Palmer.

Namun, Lincoln mendapat satu lagi gol saguhati menerusi Lewis Monstma.

Liverpool mendapat gol ketujuh pada minit ke-89 menerusi Origi. Pelawat melakukan serangan balas pantas dan Minamino melorongkan bola ke Origi yang disempurnakan oleh pemain itu.

Liverpool akan bertemu Arsenal di pusingan keempat.

Takumi Minamino menjadi pemain terbaik perlawanan dengan 2 gol dan satu assist.

Liverpool menjadi pasukan Inggeris pertama menjaringkan sekurang kurangnya 4 gol dari luar kotak penalti sejak 2007.

Di mana ketika itu Man United melakukan perkara yang sama ke atas Roma dalam kemenangan 7-1.

Baca yang lain