[Highlight Piala EFL] Southampton 2 Man City 0: Citizens Tersingkir Di Suku Akhir

Perjalanan Manchester City dalam Piala Liga Inggeris ataupun Piala Carabao terpaksa terhenti pada suku akhir.

Di mana The Citizens ditendang keluar oleh Southampton selepas tewas 0-2 dalam aksi yang berlangsung di St. Mary’s Stadium.

Seperti dijangka, pasukan pelawat terlebih dahulu mencipta peluang gol pada minit kelima menerusi rembatan Ilkay Gundogan dari tepi kotak penalti, namun bola masih gagal menembusi gawang.

Southampton kemudian mencipta dua peluang gol, namun ianya berjaya ditepis oleh Stefan Ortega.

Southampton bermain dengan semangat berbeza kali ini. Tandukan Mohammed Salisu dan rembatan Duje Caleta-Car pada minit ketujuh juga berjaya memberikan ancaman.

Gawang Man City akhirnya bolos jua, di mana pada minit ke-23, rembatan Sekou Mara gagal dihalang Ortega.

Gol itu membolehkan tuan rumah di hadapan dengan 1-0.

St Mary bergema lagi, apabila Southampton mendahului 2-0 pada minit ke-28. Kali ini rembatan Moussa Djenepo dari luar kotak penalti terus menerjah ke gawang Man City.

Ianya berpunca daripada penjaga gol yang berada di kedudukan agak ke atas dan akhirnya terperangkap.

Man City buntu sepenuhnya pada separuh masa pertama. Sehingga separuh masa, pasukan kendalian Pep Guardiola hanya mampu melakukan dua percubaan tanpa satu pun yang tepat.

The Citizens cuba bersungguh-sungguh untuk mengejar daripada kedudukan ketinggalan 2 gol pada separuh masa kedua.

Guardiola memasukkan 2 pemain istimewanya, Kevin De Bruyne dan Erling Haaland.

Man City mencipta peluang pada minit ke-71. Hantaran lintang Kevin De Bruyne diarahkan ke hadapan gawang, tetapi Erling Haaland gagal menyempurnakan bola yang diselamatkan penjaga gol.

Southampton menjaringkan gol ketiga pada minit ke-76. Gol itu tidak dibenarkan kerana ofsaid.

Seminit kemudian giliran Man City mencipta peluang. Gundogan melakukan umpanan cantik, tetapi rembatan Julian Alvarez masih lemah sehinggakan penjaga gol Southampton muda menyelamatkannya.

Perlawanan berakhir 2-0 dengan kemenangan berpihak kepada Southampton, sekaligus membolehkan mereka mara ke separuh akhir menentang Newcastle.

Saksikan rangkuman perlawanan di sini:

Susunan pemain:

Southampton: Gavin Bazunu; Lyanco, Duje Caleta-Car; Mohammed Salisu; Romeo Lavia; Moussa Djenepo, James Ward-Prowse, Ibrahima Diallo; Kyle Walker-Peters; Sekou Mara, Adam Armstrong

Manchester City: Stefan Ortega; Joao Cancelo, Kyle Walker, Aymeric Laporte, Sergio Gomez; Cole Palmer, Kalvin Phillips, Ilkay Gundogan; Phil Foden, Julian Alvarez, Jack Grealish

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.