Liverpool turun dalam aksi ulangan untuk pusingan keempat berhadapan dengan Shrewsbury.
Perlawanan pertama berakhir dengan 2-2, hasil kebangkitan daripada ketinggalan Shrewsbury menerusi Jason Cummings.
Dalam aksi kedua, Liverpool menurunkan pasukan B-23 sepenuhnya di bawah bimbingan Neil Critchley.
Walaupun muda dan ramai yang remaja, para pemain Liverpool menunjukkan kematangan mereka dalam aksi ini.
Ro-Shaun Williams telah tertampan bola ke gawang sendiri. Gol tunggal pada perlawanan hari ini.
FA Cup fourth round replay results: Liverpool youngsters beat Shrewsbury thanks to Ro-Shaun Williams own goal https://t.co/aelwznIpHp pic.twitter.com/BT11NyRsq1
— 9javenue (@9javenue) February 4, 2020
Sebelum ini dalam pusingan ketiga Liverpool turut menurunkan pasukan muda, namun ia bukan pasukan B, kerana Liverpool diruruskan Jurgen Klopp.
Itupun, skuad muda Liverpool berjaya melepasi cabaran Everton dalam aksi derbi Merseyside – berhadapan pasukan terkuat Everton.
Dalam aksi berhadapan Shrewsbury, pasukan bimbingan Neil Critchley mendominasi awal 45 minit.
Beberapa peluang gol dicipta, terutama sekali menerusi Neco Williams. Dua kali beliau memiliki peluang gol.
Williams antara pemain muda yang cemerlang dalam perlawanan ini. Beliau memberikan dinamik di bahagian tepi – dari bawah.
Pada separuh masa kedua, The Reds agak cemas apabila pada minit ke-59, Shaun Whalley menembusi gawang Liverpool.
Namun gol itu dibatalkan oleh VAR kerana ofsaid.
Pada minit ke-75, Ro Shaun Williams melakukan satu OG yang agak gila. Beliau cuba menghadang bola daripada Neco Williams.
Namun lepas tu, syahdu je bola pergi menerjah gawang.
Liverpool menang 1-0. Dan akan berkunjung ke Stamford Bridge selepas ini. Jurgen Klopp akan mengambil alih semula.
Liverpool qualify for the FA Cup 5th Round with a team whose average age is 1⃣9⃣ years and 1⃣0⃣2⃣ days 😳 pic.twitter.com/eUg8iy1Nu2
— 433 (@433) February 4, 2020
Klopp pastinya dijangka akan menyerap beberapa pemain muda seperti Jones, Williams, Harvey Elliot dan Pedro Chirivella di dalam skuad beliau nanti.
Nah highlight perlawanan:
Congratulations, @LFC!
Here are the highlights from tonight's win 👇pic.twitter.com/oAZucUmEQM
— Emirates FA Cup (@EmiratesFACup) February 4, 2020
Penyokong di Anfield ternyata terharu dan memberikan penghargaan kepada para pemain muda Liverpool.
Klopp memutuskan untuk terus memberikan cuti musim sejuk kepada para pemainnya. Ini merupakan kali pertama EPL mengumumkan cuti musim sejuk bagi membolehkan pemain berehat selepas jadual sangat padat.
Namun berlaku konflik dengan penjadualan perlawanan ulangan Piala FA. Klopp agak kecewa dengan konflik jadual yang berlaku pada musim pertama EPL memberikan cuti musim sejuk.
Lantas, Klopp memberikan kepercayaan kepada Neil Critchley untuk mengambil alih perlawanan ulangan ini.
Kepercayaan Klopp terbalas. Dan pada masa yang sama, para pemain utama berpeluang untuk berehat.
Syabas kepada pemain junior serta uncle Neil Critchley yang berjaya membantu pasukan utama mara ke pusingan kelima.
Inilah makna bertindak secara berpasukan sebenar.
Sebelum ini, pasukan B-23 Liverpool turut diberikan peluang untuk bermain dalam Piala Carabao. ianya gara-gara konflik jadual dengan Piala Dunia Kelab di Qatar.
Namun ketika itu, pasukan B-23 Liverpool dibelasah dan disingkirkan Aston Villa.
Villa berjaya mara ke final selepas menewaskan Leicester dalam saingan separuh akhir. Dan mereka akan berhadapan dengan skuad bimbingan Pep Guardiola – Man City.
Jadi tahniah sekali lagi la ye.