Highlight Piala FA: Skuad Muda Liverpool Ajar Everton, Robbo Troll Chamberlain

Liverpool turun dalam aksi berhadapan musuh sebandar Everton di Anfield. Ini adalah kunjungan pertama Carlo Ancelotti sebagai pengurus Everton untuk aksi derbi Merseyside.

Jurgen Klopp melakukan rotation pada skuad kali ini. Isu kecergasan dan jadual yang sangat padat membuatkan perkara itu perlu dilakukan.

Pemain baru, Takumi Minamino diberikan debut dalam perlawanan ini dan beberapa pemain muda turut diberikan kepercayaan untuk beraksi.

Adrian diturunkan di gawang. Seorang lagi pemain yang dipanggil menyertai The Reds secara kecemasan, Nat Phillips juga bermula.

Beliau dipanggil daripada tempoh pinjaman, dan Nat Phillips digandingan dengan Joe Gomez di bahagian bek tengah.

Everton pula menurunkan kesebelasan terkuat mereka dalam usaha menamatkan badi di Anfield.

Minit ke-6 Adrian melakukan satu save yang berkualiti menafikan percubaan Calvert Lewin. Adrian sangat fokus matanya kepada bola itu.

Seminit kemudian, James Milner terpaksa dikeluarkan kerana cedera. Beliau digantikan dengan Larouci. Lallana diberikan tanggungjawab untuk menjadi kapten.

BTW, semoga cepat sembuh orang lama.

Minit ke-12, Mason Holgate mempersiakan peluang keemasan Everton. Dan sekali lagi Adrian menafikanya dengan save kemas.

Liverpool kemudian berjaya mendominasi perlawanan. Namun buntu untuk mencipta big chance kerana Everton  bertahan sangat baik.

Namun begitu, minit ke-27, Richarlison memiliki peluang keemasan yang sekali lagi diselamatkan oleh Adriannnnnnnnnnnnnnnnn!

Lallana melakukan satu lagi percubaan yang tak tepat. Begitu juga diikuti oleh Curtis Jones yang merembat tersasar.

Takumi Minamino hampir berjaya menanduk hantaran lintang daripada Divock Origi.

Pada minit ke-41 Divock Origi melakukan percubaan terbaik Liverpool dalam perlawanan ini. Namun Pickford menepis dengan fingertip save.

Separuh  masa pertama berakhir dengan 0-0.

Separuh masa kedua, Liverpool mengekalkan penguasaan. Neco Williams melakukan rembatan deras yang diselamatkan oleh Pickford.

Theo Walcott terus menjadi masalah utama Liverpool dengan larian tanpa bola beliau.

Skrip dia hampir sama dengan separuh masa pertama. Liverpool dominan namun tiada penyudah.

Ancelotti memasukkan Moise Keane untuk menambah sengat di serangan dengan 4-4-2.

Momen magis menjelma pada minit ke-71, apabila budak wechat berusia 18 tahun, Curtis Jones melakukan screamer dengan lengkungan yang sangat cantik.

Terlalu cantik untuk diulas.

Tajam je mata Robbo melihat Chamberlain menjerit mahukan gol itu.

Liverpool berjaya memastikan tiada replay untuk pusingan ketiga dengan kemenangan 1-0.

Kepercayaan Klopp terbalas. Tahniah kepada barisan muda Liverpool termasuk yang tua bangka main sekali dengan mereka.

Klopp perlu melakukan rotasi ini kerana terlalu ramai pemain yang overused.

Aksi Minamino pada perlawanan pertama ini masih tercari rentak, kerana baru perlawanan pertama. Namun  tidaklah teruk sangat.

Beliau less involvement separuh masa kedua kerana Everton mulai menutup ruang di pocket space.

Liverpool selepas ini akan berhadapan dengan Spurs, United dan Wolves serta West Ham untuk menamatkan jadual Januari yang sangat padat.

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan