JDT meneruskan aksi pemanas badan mereka pada musim ini. Dan hari ini mereka menentang pasukan dari Slovakia – MSK Zilina.
MSK Zilina merupakan pasukan yang pernah diundi bersama dengan FC Chelsea, FC Spartak Moscow, Olympique de Marseille dalam saingan UCL musim 2010/11.
INTERNATIONAL CLUB FRIENDLY | 29 JANUARY 2020
Full Time
MSK Zilina (SVK) [1-2] JDT
(Vahan Bichakhchyan 39')
(Gonzalo Cabrera 2', 19')More photos at https://t.co/fpDkhySzKD#JDTinDubai#Preseason2020#LuaskanKuasamuJohor pic.twitter.com/wHbsn6bwCW
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) January 29, 2020
Mereka merupakan pasukan yang beberapa kali menjuarai Liga Slovakia, terutama sekali pada era moden.
Dalam aksi pra musim sebentar tadi, JDT berjaya mencipta kemenangan 2-1 dalam aksi pra musim menentang MSK Zilina.
Dua gol pasuka Johor Darul Ta’zim adalah menerusi jaringan penyerang sensasi mereka dari Argentina iaitu Gonzalo Cabrera.
Cabrera membuka tirai jaringan seawal minit kedua perlawanan lagi. Gol kedua beliau pula hadir pada minit ke-19.
Dua gol Cabrera itu telah memberikan kemenangan berharga untuk Harimau Selatan ke atas MSK Zilina.
Gol tunggal pasukan MSK Zilina, adalah menerusi Vahan Bichakhchyan, pada minit ke-39.
Tiada tambahan gol daripada kedua dua pasukan pada separuh masa kedua.
Saksikan aksi mereka di sini:
JDT dalam rangka persiapan untuk musim 2020 yang lebih mencabar selaku juara bertahan MSL.
Selain itu JDT juga akan beraksi sekali lagi dalam pentas Liga Juara-juara AFC.