Real Madrid berjaya menyingkirkan Manchester City daripada saingan UCL pada pusingan play off ke kalah mati.
Hatrik daripada Kalian Mbappe memastikan Real Madrid menang 3-1 di Bernabeu. Yang bermakna Real Madrid menang secara aggregate 6-3 setelah memenangi aksi pertama kemenangan 2-3 di Etihad.
Dalam aksi yang dihiasi dengan banner menganjing Vinicius.
Juara bertahan itu akan berhadapan sama ada Bayer Leverkusen atau Atletico Madrid bergantung kepada hasil undian pada Jumaat.
Ini merupakan salah satu daripada aksi terbaik Mbappe sejak beliau membuat perpindahan sensasi ke Real Madrid.
Dia bermula agak sukar di Real Madrid pada musim debutnya. Namun dalam beberapa bulan terakhir ini Mbappe akhirnya membuktikan kenapa dia menjadi penerima gaji tertinggi di kelab itu.
Kylian Mbappe membuka tirai jaringan pada serangan pertama yang dilancarkan Real Madrid pada minit keempat. Ianya berpunca daripada satu lagi aksi blunder oleh pertahanan Manchester City apabila Ruben Dias terlepas tandukannya ketika cuba mengeluarkan bola.
Mbappe dengan mudah mengatasi Ederson yang meluru keluar dengan satu sentuhan lob.
Mbappe menjaringkan gol keduanya pada minit ke-33 menerusi1 satu aksi pintasan masuk yang membuatkan Gvardiol tertewas dengan terjatuh atas padang dan terus merembat masuk.
Selepas gol itu Real Madrid mempesia siakan deretan peluang mereka ada berdepan dengan skuad Pep Guardiola yang bermasalah ketika ini.
City akhirnya mendapat gol saguhati menerusi pemain baharu mereka Nico Gonzales yang melakukan susulan selepas sepakan percuma Omar Marmoush terkena palang.
Tamat aksi Real Madrid 3 Man city 1 (agg 6-3). Juara edisi 2023 itu akur dengan juara bertahan, Real Madrid.
FULL-TIME | Our #UCL campaign comes to an end.
⚪️ 3-1 🤎 #ManCity pic.twitter.com/WlCJmuAqfI
— Manchester City (@ManCity) February 19, 2025
Kylian Mbappe pastinya layak mendapat anugerah pemain terbaik perlawanan pada kali ini.
Big game Mbappé.#UCL pic.twitter.com/D6J9yss2PB
— UEFA Champions League (@ChampionsLeague) February 19, 2025
Saksikan rangkuman aksi di sini: