Highlight: Saksikan Kehebatan Kipre Dan Hadin, Ledak Hatrik Dan Double Pada Debut

Mana ada lagi ‘butang’ lebih baik daripada menjaringkan ketika debut untuk seorang pemain, terutama sekali penyerang.

Itulah yang dilakukan oleh Tchetche Kipre dan Hadin Azman, ketika melakukan debut untuk pasukan Kedah.

Kipre dan Hadin, debut dengan 5 gol antara mereka

Tchetche melakukan hatrik, Hadin melakukan double.

Pemain kelahiran Ivory Coast, Kipre menjaringkan hatrik pada debut, ketika kempen kelayakan pusingan kedua – Kelayakan ACL 2020, berhadapan dengan Tai Po FC.

Hatrik yang membantu Kedah berpesta pora dengan gol, bertatahkan jersi unik corak kotak mereka.

Seterusnya pemain penyerang sayap, Hadin Azman juga mencetak 2 gol dalam aksi malam ini. Satu debut yang cemerlang daripada beliau.

Kedah menang 5-1 ke atas Tai Po FC.

Agak menarik, kedua-dua mereka merupakan bekas kapten pasukan lama mereka iaitu Terengganu FC dan juga Felda United FC.

Kedah membuka kempen 2020, dengan aksi kompetitif dalam pusingan kelayakan ACL 2020.

Mereka menurunkan kesebelasan terbaik mereka. Ramai muka baharu diketengahkan oleh Aidil Sharin dalam perlawanan ini.

Tumpuan pastinya ke arah gandingan Kpah Sherman dan Kipre di hadapan.

Kedah tiada masalah menewaskan Tai Po FC yang memiliki rekod perlawanan yang sangat buruk musim ini, selepas menjuarai Liga Hong Kong musim lalu.

Maka dengan kekalahan di tangan Kedah ini, rasminya Tai Po FC sudah 2 bulan tak menang dan kalah kesemua 8 perlawanan dalam semua kompetisi yang mereka bermain.

Kedah menang di hadapan seramai 19,803 orang penyokong di Stadium Darul Aman.

Laporan

Tchetche Kipre telah meletakkan Kedah di hadapan seawal minit ke-3 lagi.

Tchetche Kipre telah menggandakan dan jaringan peribadi beliau pada minit ke-22. Menjadikan pendahuluan Kedah 2-0 ke atas Tai Po.

Lebih malang buat Tai Po FC selepas itu yang terpaksa bermain 10 orang untuk baki permainan lebih kurang 60 minit.

Ini selepas pemainnya, Ming Him Sun dilayangkan kad merah kerana menarik Tchetche Kipre.

Ianya kesalahan menafikan peluang gol jelas. Kalau tak, Kipre boleh hatrik lebih awal.

Bersambung babak kedua, Hadin Azman pula mencetak gol untuk meletakkan Kedah 3 gol di hadapan.

Pada minit ke-66, Hadin Azman menjaringkan gol kedua peribadinya dan yang keempat untuk Lang Merah. Tai Po hilang arah tujuan.

Chan Man Fai menjaringkan gol saguhati untuk menjadikan kedudukan 4-1.

Namun pada masa kecederaan, Tchetche Kipre melengkapkan hatrik beliau dan disambut meriah oleh crowd di Darul Aman.

Highlight – Kedah 5 Tai Po 1

Saksikan highlight perlawanan di sini:

Next

Lawan Kedah selepas ini adalah FC Seoul dalam aksi play off. Jika Kedah melepasi cabaran itu, mereka akan mengibarkan cabaran bersama JDT di pentas Liga Juara-Juara AFC 2020.

Kemenangan yang profesional dan bermotivasi dicatatkan oleh Kedah malam ini.

Tahniah kepada pasukan Kedah, dan semoga terus berjaya.

Baca yang lain