Highlight: Soton 0 Man United 1 – Ten Hag: “Kami Kompak!”

Erik ten Hag percaya Manchester United telah belajar daripada permulaan suram mereka musim ini apabila Bruno Fernandes menjaringkan gol kemenangan 1-0 di Southampton pada hari Sabtu.

Pasukan Ten Hag itu menduduki tangga terbawah Liga Perdana selepas tewas dua perlawanan pembukaan menentang Brighton dan Brentford.

Tetapi United telah pulih daripada permulaan memalukan itu untuk memperoleh kemenangan kedua liga berturut-turut buat kali pertama sejak Februari.

Fernandes menjaringkan gol dengan jaringan tenang pada awal separuh masa kedua dan gol pertama pemain tengah Portugal itu musim ini mengangkat United ke tempat keenam menjelang baki perlawanan hujung minggu ini.

“Saya rasa pemain belajar beberapa pengajaran daripada Brentford. Kami lebih kompak berdepan bola panjang. Sudah tentu kami sangat gembira,” kata Ten Hag.

Ten Hag menamakan kesebelasan utama yang sama yang menewaskan Liverpool 2-1 pada hari Isnin, bermakna bintang yang masih belum ‘settled down’ seperti Cristiano Ronaldo dan kapten kelab Harry Maguire kedua-duanya berada di bangku simpanan.

Ronaldo, yang berminat untuk meninggalkan Old Trafford sebelum jendela perpindahan ditutup pada 1 September, beraksi pada 20 minit terakhir.

Casemiro membantu United menutup kemenangan ketika pemain tengah Brazil itu membuat penampilan sulung dalam penampilan pemain gantian selama 10 minit selepas berpindah dari Real Madrid.

United agak bergelut dengan kualiti mereka berbanding aksi ketika menewaskan Liverpool.

Tetapi mereka mempamerkan aksi ampuh ketika bertahan.

Ten Hag akan gembira kerana Raphael Varane dan Lisandro Martinez berdiri teguh di bahagian pertahanan tengah, memberikan pulangan 3 mata berharga kepada mereka.

Dengan Maguire hanya mampu menyaksikan gandingan duo bek tengah itu beraksi di atas padang.

“Pada permulaan permainan kami boleh mencipta lebih banyak lagi tetapi saya berpuas hati. Ia adalah permulaan musim, ia sukar. Anda perlu bertarung dan kami melakukannya hari ini supaya kami diberi ganjaran,” kata Ten Hag.

“Ia adalah penamat yang hebat. Saya sangat gembira untuk Bruno. Kami boleh memperbaikinya, itu cukup jelas. Saya masih merasakan ada ruang untuk penambahbaikan, untuk mengawal lebih banyak lagi, tetapi kami tidak begitu jauh.”

Saksikan rangkuman perlawana di sini:

Baca yang lain