Highlight: Tandukan Berdiri Mane Lengkapkan ‘Comeback’ Liverpool Untuk Kekal Dalam Perebutan Liga

Liverpool berjaya mengecewakan Aston Villa dengan kemenangan  tipis 2-1 pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di Villa Park.

Namun The Reds terpaksa bangkit daripada ketinggalan untuk memenangi perlawanan ini.

Perlawanan ini agak istimewa buat penyokong Liverpool. Di mana ada 3 nama penting dalam pasukan Villa yang merupakan bekas pemain Liverpool. Mereka ialah pengurus Steven Gerrard, pemain tengah Philippe Coutinho dan penyerang Danny Ings.

The Reds ketinggalan seawal minit ke-3, apabila Douglas Luiz melakukan percubaan jarak dekat selepas berlaku pergelutan di hadapan gawang gol. Namun Liverpool mampu bangkit dan menang menerusi gol Joel Matip dan Sadio Mane.

Hasil kemenangan  ini, Liverpool menyamai 86 mata dengan Manchester City yang masih ada 1 perlawanan dalam tangan dan kekal di atas kerana perbezaan jaringan.

Sementara itu, Aston Villa kekal di luar 10 teratas apabila mereka kini berada di tangga ke-11 dengan 43 mata.

Separuh masa pertama

Baru 3 minit permainan, Aston Villa telah mengejutkan Liverpool dengan menjaringkan gol pembukaan menerusi Douglas Luiz yang melakukan rebound. Klopp melihat pasukannya bolos dengan wajah penuh kekeliruan.

Sebelum itu Alisson meyelamatkan percubaan deras Ollie Watkins.

Liverpool hanya memerlukan tiga minit untuk menyamakan kedudukan. Bermula dari situasi set piece, Matip mengambil kesempatan daripada keadaa kucar kacir di hadapan gol dan menewaskan Emiliano Martinez.

Namun Liverpool menerima perkhabaran buruk apabila Fabinho mengalami kecederaan hamstring. Dia terpaksa dikeluarkan dan digantikan oleh Jordan Henderson.

Fabinho dijangka akan terlepas aksi final Piala FA dan juga Liga Juara Juara Eropah pada akhir bulan ini.

Naby Keita kemudian memiliki peluang keemasan di hadapan gol apabila menerima hantara leret Trent Alexander Arnold. Namun dia miss kick.

Pada akhir babak pertama, Curtis Jones melencongkan bola dari luar kotak penalti namun diselamatkan Martinez.

Separuh masa pertama berakhir dengan 1-1.

Separuh masa kedua

Sebaik sahaja aksi bersambung, Liverpool cuba meningkatkan intensiti serangan mereka. Bagaimanapun, pasukan Jurgen Klopp bergelut untuk menembusi gawang Martinez.

Liverpool akhirnya berjaya mengubah kedudukan kepada 2-1 hasil jaringan Mane pada minit ke-65.

Ini selepas Mane menerima hantaran lintang Luis Diaz yang sangat cantik. Tandukan berdiri  Sadio Mane tidak dapat digapai oleh Martinez.

Danny Ings kemudian berada dalam kedudukan 1 lawan 1 dengan Alisson. Tetapi penjaga gol antarabangsa Brazil itu memastikan Ings tidak dapat menewaskannya.

Pada minit ke-70, Jurgen Klopp turut memasukkan pemain antarabangsa Mesir, Mohamed Salah untuk meningkatkan kekuatan serangan pasukannya dan pada masa yang sama untuk warm up sebelum aksi final Piala FA.

Ings sekali lagi menjadi ancaman Liverpool pada minit ke-84, apabila melakukan percubaan yang ditepis Alisson.

2 minit kemudian daripada kedudukan yang sama Ings melakukan rembatan deras menewaskan Alisson tetapi gol dibatalkan kerana ofsaid.

Kemudiannya, tiada gol tambahan dicipta sehingga wisel panjang dibunyikan. Klopp menghela nafas lega.

Ini adalah mata ke-14 dikutip Liverpool daripada kedudukan ketinggalan lebih awal.

Saksikan highlight perlawanan di sini je:

 

Susunan skuad:

Aston Villa: Emiliano Martinez; Matty Cash, Ezri Konsa, Tyrone Mings, Lucas Digne; Douglas Luiz, Marvelous Nakamba (Carney Chukwuemeka 61′), John McGinn; Philippe Coutinho (Emiliano Buendia 70′); Danny Ings, Ollie Watkins (Bertrand Traore 81′).

Liverpool: Alisson Becker; Trent Alexander-Arnold, Virgil van Dijk, Joel Matip, Kostas Tsimikas; Curtis Jones (Thiago Alcantara 62′), Fabinho Tavares (Jordan Henderson 30′), Naby Keita; Luis Diaz (Mohamed Salah 71′), Diogo Jota, Sadio Mane.

Baca yang lain

Penyokong Sociedad Ejek Greenwood

Mason Greenwood sekali lagi menjadi serangan lisan berbaur hinaan ke atasnya. Penyokong pelawat, penyokong Real Sociedad telah berkali kali melaungkan Greenwood pergi