Highlight UCL: Chelsea 2 BvB 0 (Agg 2-1) – Penalti Havertz Bawa The Blues Ke Suku Akhir

2 gol oleh Raheem Sterling dan gol penalti oleh Kai Havertz membantu Chelsea mara ke suku akhir UCL 2022/23.

Chelsea turun melayan kunjungan Borussia Dortmund dia Stamford Bridge dengan ketinggalan 1 gol secara agregat.

Chelsea berjaya memastikan musim mereka terus hidup dengan menewaskan Borussia Dortmund 2-0 di Stamford Bridge untuk mara ke suku akhir Liga Juara-Juara dengan agregat 2-1 pada hari Selasa.

Masih hidup bermaksud, Chelsea masih bersaing dalam mengejar trofi dan juga masih berusaha mengejar 4 teratas.

Kemenangan kedua berturut turut yang dicatatkan Chelsea berjaya mengurangkan sedikit tekanan yang dihadapi Graham Potter.

Pengendali berbangsa Inggeris itu menjadi subjek kecaman selepas gagal memberikan sebarang impak sebelum ini, setelah pasukannya mencatatkan rekod dunia lebih £500 juta dalam satu musim perpindahan dengan membeli pemain pemain baharu.

Chelsea hanya memenangi tiga daripada 16 perlawanan sebelum ini untuk jatuh ke tangga ke-10 dalam Liga Perdana dan tunduk awal dalam kedua-dua piala domestik.

Tetapi beberapa koleksi bintang mahal mereka muncul tepat pada masanya untuk kekal dalam usaha memburu Piala Eropah ketiga kelab itu.

Sepak mula ditangguhkan 10 minit selepas Dortmund terperangkap dalam kesesakan lalu lintas London semasa tiba di stadium.

Sebaik sahaja aksi berlangsung, Chelsea terus membawa semangat positif daripada kemenangan sebelum ini.

Alexander Meyer terpaksa keluar untuk menyekat Joao Felix, sebelum Havertz melepaskan peluang keemasan.

Dortmund tiba di England diengan kemenangan 10 perlawanan berturut turut dalam semua pertandingan.

Tetapi pasukan pelawat hampir tidak menimbulkan sebarang ancaman menyerang pada separuh masa pertama.

Sepakan percuma Marco Reus berjaya diselamatkan Kepa Arrizabalaga dengan cemerlang.

Havertz mendapat beberapa peluang gol. Termasuk rembatan ke sisi jaring dan yang terkena tiang.

Koulibaly juga terlepas peluang terbaik untuk menjaringkan gol,

Di tepi padang, Graham Potter menikmati aksi pemain pemainnya dan sedar bahawa mereka pasti akan mendapat sesuatu jika meneruskannya.

Akhirnya, sebelum rehat, Raheem Sterling meletakkan Chelsea di hadapan. Awalnya Sterling gagal melakukan rembatan ketika cuba melakukan first time shot. Dia kemudian menggelecek Reus dan melepaskan bola deras ke dalam gawang.

Itu hanyalah gol ketiga Chelsea dalam lapan perlawanan terakhir.

Pada awal separuh masa kedua, Chelsea dihadiahkan sepakan penalti.

Ketiadaan Jorginho yang menyertai Arsenal, bermakna tugasan itu milik Havertz. Pemain antarabangsa Jerman itu sekali lagi merembat tekena tiang kanan.

Tetapi dia bernasib baik kerana pengadil mengarahkan sepakan semula kerana ada pencerobohan. Ianya dibantah pemain pemain BvB yang mendakwa teknik Havertz yang berlari perlahan membuatkan mereka tidak boleh mengelak daripada masuk lebih awal.

Penalti yang diambil semula itu disempurnakan oleh Havertz. Ianya teknik yang sama ke sudut yang sama namun hasilnya berbeza.

Kemudian kedua dua pasukan gagal menambah sebarang gol.

Chelsea mara ke suku akhir dengan agregat 2-1.

Baca yang lain

Insiden Tak Masuk Akal Di Brazil

Di Brazil, pemain mereka telah melakukan taktik sangat luar biasa untuk melengahkan perlawanan. Di mana mereka telah memaksa rakan mereka masuk ke