Highlight: Vietnam 2 Indonesia 0 (Agg 2-0) โ€“ Indonesia Kempunan Lagi

Penantian penyokong Indonesia untuk melihat pasukan negara mereka menjuarai piala serantau Piala AFF dilanjutkan lagi.

Finalis edisi sebelum ini, Indonesia sekali lagi hampa. Kali ini tersingkir di separuh akhir di tangan Vietnam.

Vietnam mendahului seawal minit ke-3 menerusi Nguyen Tien Linh pada minit ke-3.

Kemudian aksi kedua dua pasukan menjadi tengang dan banyak tercetus pertengkaran.

Indonesia mendapat peluang gol minit ke-24 apabila Dendy Sulistyawan dijatuhkan dalam kotak penalti.

Keadaan menjadi tegang di atas padang. Pemain pemain Indonesia dan juga pengendali mereka, Shin Tae Yong menuntut penalti daripada pengadil.

Pemain Indonesia, Dendy Sulistyawan yang dikasari Van Hau dengan bentesan 2 kaki sekali lagi menjadi mangsa. Dia terduduk kerana kekasaran itu.

Ianya bukan body check atau shoulder check tetapi cabaran lewat dengan siku.

Pengadil awalnya seolah olah memberikan penalti kepada Indonesia. Selepas pengadil melayangkan kad kepada Tieng Dung. Namun peliknya itu tak berlaku.

Pengadil dari Jepun, Araki Yasuke malah mengarahkan drop ball dilakukan untuk menyambung semula permainan.

Lihat insiden ini:

Selepas perlawanan bersambung balik, pemain kedua dua pasukan terus terlibat dalam beebrapa insiden lagi.

Rentak permainan kedua dua pasukan terganggu dan akhirnya separuh masa pertama berakhir dengan 1-0 memihak Vietnam.

Pada separuh masa kedua, Vietnam menambah 1 lagi gol pada awal separuh masa kedua. Juga hanya selepas 3 minit sepak mula.

Dan Indonesia tidak dapat membalasnya.

Vietnam mara ke final. Dan mereka meneruskan misi mahu memberikan piala kepada Park Hang Seo untuk kejohanan terakhir dia bersama Vietnam.

Park Hang Seo kini ada 2 perlawanan lagi untuk mengukuhkan lagi status legendary beliau.

Baca yang lain