Highlight: Vietnam Kitai Borussia Dortmund, 9 Shots On Target

Vietnam memberikan kekalahan kepada Borussia Dortmund dalam aksi rehat tengah musim pasukan gergasi Jerman itu.

Donyel Malen sekali lagi diturunkan dalam kesebelasan utama selepas menjaringkan gol dalam 3 perlawanan berturut turut dalam aksi rehat tengah musim.

Mats Hummels mengetuai barisan pertahanan Dortmund dalam aksi kali ini. Ini

 

Borussia Dortmund hampir di hadapan seawal minit ke-5 apabila Passlack menyambar hantaran Schulz. Namun percubaannya tersasar.

Dortmund memulakan hari dengan cemerlang apabila mereka mendahului menerusi Passlack pada minit ke-13.  Di mana Donyel Malen meneruskan rentak cemerlangnya di hadapan gol.

Namun Vietnam ternyata memberikan cabaran sukar buat Borussia Dortmund. Mereka menyamakan kedudukan sebelum rehat menerusi pemain sensasi mereka Nguyen Tien Lih.

Pada awal separuh masa kedua, Tien Lih hampir menambah gol selepas situasi 1 lawan 1 diselamatkan penjaga gol lawan dan susulan Tien Lih tak masuk.

Borussia Dortmund hampir menambah gol apabila percubaan Pohlmann terkena palang pada minit ke-60.

Pada minit akhir perlawanan, Coulibaly mengasari pemain Vietnam, Vu Van Than dalam kotak penalti dan pengadil tiada pilihan selain memberikan penalti kepada Vietnam.

Pham Tuan Hai menyempurnakan penalti pada minit ke-90 itu dengan jayanya.

Menurut statistik, Vietnam melakukan 9 percubaan dan 9 on target dalam perlawanan ini. Mereka benar benar memberikan masalah kepada kelab gergasi Jerman itu.

Saksikan rangkuman perlawanan di sini:

Baca yang lain