Higuain: “Mereka Hina Dan Kecam Kita Boleh Tetapi Kita Tak Boleh Balas Balik, Dikira Biadap”

Gonzalo Higuaín telah meluahkan apa yang terbuku di hatinya tentang apa yang dirasai pemain bola sepak. Menurutnya, menjadi pemain bola sepak tak semudah yang disangka oleh orang ramai di luar sana.

Higuain menegaskan bahawa, dia melalui tekanan setiap hari sebagai pemain bola sepak berstatus bintang.

Higuain pernah beraksi bersama Napoli, Juventus dan Chelsea sebelum menyertai Inter Miami.

Higuain berkata: “Orang ramai fikir kehidupan pemain bola sepak macam kami ini sangat senang. Sebenarnya ia tidka begitu.”

“Kami tak ada hak yang sama seperti orang lain. Setiap kali kamu pergi keluar berjalan, kamu akan menerima penghinaan dan makian.”

“Mereka boleh menghina atau kecam kamu tetapi kamu tak boleh membalas balik menghina mereka. Kamu tak boleh memberikan respon balas. Kamu akan dikira tidak profesional atau biadap.”

“Jika kamu kalah dalam perlawanan, gagal menyempurnakan peluang gol dalam perlawanan penting, kamu tak boleh keluar rumah sekalipun.”

“Sentiasa akan ada orang yang tak dikenali di Twitter dan Instagram, mereka mengutuk saya dan keluarga saya. Di dunia sebenar, mereka tak pernah berkata apa apa.”

“Satu hari kamu skor 2 gol, dan kamu dianggap yang terbaik. 15 hari lalu kalu gagal menyempurnakan peluang gol, kamu dianggap paling teruk.”

“Hanya dalam masa lima minit di depan komputer, kamu boleh merosakkan kehidupan orang lain. Mereka kadangkala menganggap kamu mabuk, 10 hari lalu mereka gelar kamu keldai.”

“Kamu harus konsisten menilai seseorang bukannya hanya menilai berdasarkan satu keputusan perlawanan semata mata.”\

Higuain kemudian menjelaskan ada beza bola sepak dengan pemain bola sepak profesional. Bola sepak adalah sukan yang digemari semua. Dan pemain bola sepak profesional adalah kerjaya yang penuh dengan cabaran di dalamnya.

Pemain veteran itu menambah: “Memang ianya sekadar sukan [untuk orang ramai], namun kamu harus faham bezanya dengan pekerjaan [merujuk kepada pemain bola sepak profesional].”

“Diharap kamu tidak keliru dalam membezakannya.”

“Saya rasa, adalah tidak adil untuk tinggal dalam dunia elit selama 15 tahun dan kamu tak ada peluang untuk membalas balik cercaan dan sentiasa harus tundukkan kepala bila berdepan dengan cacian dan kebiadapan orang ke atas kamu.”

“Tapi pada masa ini, saya tak akan berlembut lagi,” kata Higuain kepada TyC.

Higuain turut memberikan komen tentang kritikan yang dia sering terima ketika mewakili Argentina. Menurut Higuain dia tidak perlu malu dengan kariernya bersama Argentina. Kerana dia sudah memberikan segalanya untuk pasukan kebangsaan negaranya.

“Saya tenang tenang sahaja tentangnya kerana saya mengorbankan hidup saya demi pasukan kebangsaan. Saya berbangga dengannya tanpa menyesalinya sedikit pun.”

 

Baca yang lain