The Rock boleh dikatakan antara bintang terbesar yang pernah dilahirkan oleh WWE. Malah beberapa pemerhati mengiktiraf beliau sebagai bintang WWE paling berpengaruh.
Tetapi pada penglibatan dalam WWE di peringkat awal, pada 90-an, beliau jauh daripada status yang beliau miliki sekarang.
Namun Dwayne Johnson kemudian menguatkan namanya dalam gusti profesional, dengan cepat menjadi salah seorang bintang utama Vince McMahon – walaupun pada usia muda.
Itu nampaknya tidak begitu menggembirakan Triple H dan Shawn Michaels, yang merupakan dua bintang utama ketika itu.
Hakikatnya, Bret Hart baru-baru ini telah membuka cerita bagaimana The Rock dibuli belakang pentas oleh The Kliq kekadang disebut The Clique.
WWE: The Kliq is Reuniting For One Night Only https://t.co/MH1psb9X5e pic.twitter.com/SX5rGqyH82
— ComicBook NOW! (@ComicBookNOW) January 21, 2017
The Kliq ni diasaskan oleh Scott Hall aka Razor Ramon dan turut terdiri daripada Kevin Nash, Shawn Michaels, Triple H dan X–Pac.
Mereka ini adalah sekumpulan penggusti yang mendominasi era 90-an dan sangat berpengaruh ketika itu dan kerap terlibat dalam aksi di belakang pentas sama ada secara skrip ataupun off record / tanpa skrip.
Bercakap dalam Confessions Of The Hitman, seperti yang dipetik daripada Wrestling Inc, Hart berkata:
“Ramai ahli gusti akan memberikan mereka [penggusti baru] masa yang sukar pada masa itu, masa yang sangat sukar, cukup sukar untuk mencuba memecahkannya dan membuatkan mereka berhenti dan ada mereka hampir berjaya. [The Rock] adalah tipikal penggusti yang menjadi sasaran ketika itu.”
“Saya tidak tahu mengapa dia sukar untuk diterima oleh beberapa ahli gusti berbanding beberapa yang lain yang lebih teruk.”
“Ramai dari kalangan mereka [The Kliq] mempunyai masalah dengan Rock adalah mereka yang sama dengan yang terlibat dalam Screwjob dengan saya.”
“Jadi saya juga tidak suka dengan mereka ini.”
Hart terus menerangkan momen di mana HBK ‘mengunyah’ The Rock di belakang pentas hanya kerana The Rock menggunakan drop kick dari top rope yang selalu digunakannya.
“Saya ingat Shawn Michaels masuk ke bilik persalinan dan merentap pakaian Dwayne, kasihan dia,” sambung Hart.
Hitman turut menegaskan bahawa tiba tiba Shawn Michaels melarang The Rock melakukan salah satu signature move darinya iaitu top rope dropkick.
Sedangkan selama ini tiada isu untuk mana mana penggusti menggunakan gerakan yang digunakan penggusti lain.
“[HBK] memberitahu [The Rock] untuk tidak pernah melakukan dropkick dari tali seperti itu lagi — kerana itu adalah miliknya. Itulah sebab dia sangat marah. Dan kemudian, dia menghempas pintu dan dia berjalan keluar.
“The Rock ketika itu badannya masih ringan, manakala Shawn memiliki badan yang besar. [Jadi] dia [The Rock] meminta maaf dan mengatakan dia tidak tahu bahawa apa yang dia lakukan itu akan menjadi masalah. Dia ingat tidak ada apa apa isu yang timbul.”
“Saya ingat lagi, ketika itu pintu ditutup setelah Shawn pergi dan saya berkata kepada The Rock. Ini semua bull**it. Dropkick itu bukan milik sesiapapun. Kau buat je.”
Hitman juga menceritakan bahawa Tripple H pun suka membuli The Rock sama macam HBK.
“Triple H pun sama. Dia selalu pergi keluar untuk mendapatkan The Rock. Shawn keluar untuk mendapatkannya dan mereka akan terus mencari dan mencarinya.”
“Mungkin selepas setahun kemudian, The Rock mulai bertenang dan dia mulai mencipta nama di WWE dan saya sangat gembira dia berjaya mengatasi tembok kecil daripada mereka yang bangsat ini.”
Hitman menyatakan bahawa, memang penting untuk mengenang kembali semua yang berlaku sejak dulu. Namun telah banyak yang telah berubah dalam WWE.
Seterusnya, Triple H dan HBK juga telah berubah. Bukannya mereka yang dulu. Malah mereka sangat menjaga penggusti penggusti baharu pada hari ini.
Mereka sekarang sedang berusaha mencipta superstar nama besar seterusnya – bukannya menghancurkan mereka – sementara The Rock terus menjadi pelakon dengan bayaran tertinggi Hollywood.
Malah Hitman menyatakan mereka sentiasa bersyukur kerana tidak pernah menghalang The Rock keluar daripada WWE untuk mengejar impiannya di Hollywood.
Dwayne 'the Rock' Johnson is highest-earning male actor https://t.co/2BIT4Vsdaq
— BBC News (World) (@BBCWorld) August 11, 2020
Dan kini Shawn Michaels dan Tripple H sendiri tumpang bangga dengan kejayaan The Rock di Hollywood.