Hleb Menyesal Dan Menangis Tinggalkan Arsenal Ke Barcelona, Masih Sedih Sehingga Sekarang

Bekas pemain tengah Arsenal Alexander Hleb mengakui dia tidak seharusnya meninggalkan Arsenal ke Barcelona pada tahun 2008.

Bekas pemain antarabangsa Belarus itu bergabung dengan gergasi Catalan dengan harga €15 juta setelah tiga tahun yang cemerlang dengan Arsenal.

Megimbas kembali perkara itu, Hleb telah mempersoalkan keputusannya untuk meninggalkan kelab ketika itu.

“Bertahun-tahun kemudian dan saya masih memikirkannya,” kata Hleb di podcast Arsenal In Lockdown.

“Saya tidak faham. Hingga hari ini saya masih belum faham apa yang berlaku atau mengapa saya membuat keputusan itu.”

“Sudah tentu, Barcelona pada masa itu adalah pasukan terbaik di dunia tetapi saya sangat gembira di Arsenal ketika itu.”

“Saya mempunyai kawan, saya rapat dengan jurulatih, saya bermain untuk salah satu pasukan terbaik di Eropah, peminat, stadium, semuanya!”

“Bermain di pertandingan yang hebat, Liga Perdana, semuanya!

“Mengapa saya pergi, saya tidak faham. Barca, tentu saja, adalah pasukan terbaik pada masa itu dan semua orang menginginkan sesuatu untuk dicuba tetapi sebenarnya saya 100% gembira di Arsenal.”

“Saya menangis ketika bercakap dengan Arsene [Wenger].”

“Kami bercakap tentang perpindahan itu ketika dalam percutian – sebelum saya pergi – dan dia memberitahu bahawa dia mahu menjaga saya dan saya penting bagi pasukannya.”

“Saya menangis. Saya tidak tahu apa yang perlu dilakukan pada masa itu. ”

Alexander Hleb sangat cemerlang ketika di Arsenal. Membuatkan saham beliau melonjak naik di pasaran perpindahan. Namun beliau antara bintang yang dilupakan di Barcelona, sama seperti Alex Song.

Mujur Fabregas orang ingat lebih banyak daripada mereka.