Hojlund Atasi Rekod Henry Dan Haaland Dengan Gol Dalam Masa 37 Saat Menentang Luton

Rasmus Hojlund secara rasminya telah mencipta sejarah Liga Perdana Inggeris. Mungkin ada yang memikirkan tentang jaringan minit pertamanya yang mungkin akan menjadi jaringan terpantas? Tidak, sebenarnya rekod lain.

Penyerang Denmark itu menjaringkan dua gol menentang Luton Town untuk menambah gol keenamnya dalam enam perlawanan berturut-turut dalam EPL. Rekod itu dicipta hanya selepas 37 saat sepak mula menentang Luton.

Rasmus Hojlund yang mengetuai serangan Manchester United telah mencipta sejarah dengan menjadi pemain termuda yang menjaringkan enam gol dalam enam perlawanan.

Hojlund kini merupakan pemain termuda yang mencapai kejayaan itu, mengatasi pemain hebat seperti Erling Haaland dan Thierry Henry.

Dengan Hojlund mencapai kejayaan itu pada usia 21 tahun dan 14 hari.

Berikut adalah pemegang rekod yang terdahulu.

Joe Willock – 21 tahun 272 hari

Willock yang bermain untuk Newcastle United adalah pemegang rekod sebelumnya, pada Mei 2021.

Pemain muda itu, yang dipinjamkan dari Arsenal pada ketika, memecahkan rekod dengan gol ketika menentang Sheffield United.

Newcastle terus memenangi perlawanan itu 1-0. Willock kemudian menyertai Magpies dengan perjanjian tetap pada akhir tahun itu dan telah menjaringkan 14 gol dalam 94 penampilan untuk pasukan itu.

Erling Haaland – 22 tahun dan 73 hari

Tidak dapat dinafikan bahawa Haaland adalah jentera penjaring gol yang efisien.

Pemain Norway itu telah menjadi penyerang sensasi di EPL dam Eropah sejak menyertai Man City dari Borussia Dortmund.

Enam golnya dalam enam perlawanan berturut-turut hanyalah satu daripada banyak pencapaian yang telah dicapainya semasa di England. Haaland juga merupakan pemain terpantas menjaringkan 50 gol dalam liga dan memecahkan rekod gol terbanyak dalam satu musim dalam EPL.

Romelu Lukaku – 22 tahun dan 213 hari

Romelu Luakaku berjaya mecetak gol dalam enam perlawanan berturut turut ketika dia mencapai usia 22 tahun 213 hari.

Lukaku pernah bermain untuk beberapa kelab Inggeris yang lain.

Thierry Henry – 22 tahun 263 hari

Pada tahun 1999 Henry menyertai Arsenal dari Juventus dan seterusnya menjadi legenda kelab.

Pemain Perancis itu terus menjaringkan 228 gol untuk pasukan, menjadi penjaring terbanyak sepanjang zaman untuk Arsenal.

Dia meraih gol pertamanya menentang Southampton dan seterusnya memenangi empat anugerah Kasut Emas, yang paling banyak berbanding mana-mana pemain dalam sejarah.