Terdapat satu detik yang unik dalam perlawanan antara Everton vs West Ham pada hari Ahad lalu. Apa yang jelas terlihat bahawa stoking Mason Holgate berlubang luba dan ia membuat penyokong bingung dan tertanya tanya, kenapa ramai pemain bola sepak melubangkan stoking mereka?
Adakah ianya sekadar trend?
Pada separuh masa pertama, pertahanan The Toffees, Holgate memerlukan rawatan apabila dia terjatuh akibat kecederaan betis.
Sejurus kemudian, ahli fisioterapi Everton menghampiri pemain berusia 25 tahun itu tetapi bukannya merawat pertahanan tengah itu, dia mengeluarkan sepasang gunting dan menebuk lubang pada stokin Holgate.
Tindakan itu yang menimbulkan perdebatan di kalangan netizen. Malah ada yang mulai menganggap selama ini, para pemain yang suka menebuk stoking sebenarnya bukan untuk suka suka.
Mason Holgate has gone down to get his socks have holes cut into them.
We live in a different world.
Apparently these holes help avoid calf injuries….#WHUEVE pic.twitter.com/uxKNqvaHz2
— Ginger Pirlo Sky Source (@Ginger_Pirlo) April 3, 2022
Ini apabila petugas perubatan profesional turut melakukannya ketika sedang membantu pemain yang kesakitan.
Sebenarnya ada penjelasan dari sudut perubatan sukan untuk perkara tersebut.
Untuk melonggarkan tekanan di kaki
Tindakan melubang stoking itu adalah untuk melonggarkan stoking yang ketat membaluti betis pemain.
Ini kerana jika stoking terlalu ketat ianya boleh menyebabkan kekejangan otot yang boleh menyebabkan kecederaan lain lebih serius mungkin berlaku.
Pertahanan sisi Manchester City Kyle Walker adalah salah seorang lagi pemain yang gemar menebuk lubang di stokingnya. Dan tindakan itu adalah untuk melegakan ketegangan di bahagian kakinya.
Pemain pemain memiliki siaz betis yang berbeza, Dan ada antara mereka memang tidak selesa dengan stoking pada saiz standard disediakan.
Jadi, dengan menebuk lubang pada stoking mereka, ianya akan membantu menghalang mereka daripada masalah otot.
Oleh sebab itu tidak ada pengurus yang melarang pemain mereka berbuat demikian. Kerana memahami fungsinya dari sudut perubatan sukan.
Sebelum ini Jack Grealish pernah menjelaskan kenapa dia gemar memakai stoking pendek. Ini kerana dia percaya kepada tuah serta membolehkannya bergerak lebih bebas.
Abaikan isu tuah itu, kerana ternyata Grealish juga menyedari bahawa, apabila betisnya tidak dicengkam oleh stoking ketat, maka dia akan menjadi lebih selesa dan bebas bergerak.
Lihatlah sendiri betis Grealish di sini, besar nokharomm.
No wonder Jack Grealish wears his socks so low…
Some serious calves. 🐄 pic.twitter.com/E81CGSS6TE
— Squawka News (@SquawkaNews) July 25, 2018
Dia pernah menjelaskan dia mulai memakai stoking pendek kerana pada suatu hari stokingnya basah. Tinggal stoking pendek sahaja yang ada. Lalu dia pun memakainya.
Namun dia merasakan bahawa dia beraksi sangat baik dengan stoking pendek dan nasib sentiasa menyebelahinya. Lalu Grealish memutuskan untuk meneruskannya.
Berbalik kepada kisah Holgate dan Everton..
Dalam aksi tersebut Holgate sempat menjaringkan 1 gol untuk menyamakan kedudukan. Namun skuadnya kalah 2-1 di tangan West Ham menerusi jaringan Aaron Cresswell (32′) dan Jarrod Bowen (58′).
Everton kini turut memerlukan sesuatu untuk melegakan tekanan pada kelab mereka sama seperti tindakan Holgate melegakan betisnya daripada tekanan terlalu kuat.
Everton adalah kelab yang akan merasai impak paling teruk jika tersingkir berbanding dengan mana mana pasukan lain di EPL. Ini kerana hutang kelab mereka yang sangat tinggi.
Everton bernasib baik kerana pandemik ini membuatkan EPL melonggarkan sedikit kawalan FFP ke atas kelab kelab mereka. Jika tidak, Everton sudah berdepan dengan hukuman termasuk pemotongan mata dan juga larangan membeli pemain baharu.
Jika tersingkir, mereka akan kehilangan tajaan besar daripada penyiaran EPL. Everton beberapa bulan lalu kehilangan penaja penaja dari Rusia yang dibekukan kerajaan UK.
Frank Lampard bagaimanapun memuji prestasi Everton ketika berdepan West Ham. Dan berkata, jika mereka mengekalkan prestasi itu, mereka pasti akan terus kekal di EPL.