Holyfield: Nasib Baik Saya Ingat Pesan Nenek, Kalau Tak Memang Saya Gigit Balik

Evander Holyfield telah berkongsi cerita kenapa dia tidak menggigit balik Mike Tyson. Ini kerana dia teringat satu pesanan daripada neneknya.

Tyson telah mensasarkan telinga Holyfield ketika pertaraungan ulangan mereka pada 1997, pertarungan secara retrospektif digelar sebagai “The Bite Fight.”

Holyfield telah mendominasi babak pembukaan pertarungan dan, di tengah-tengah kedudukan ketiga, terdengar dia menjerit kesakitan.

Tyson, yang telah menggigit telinganya dan menyemburkan tulang rawan telinganya di lantai, lalu Tyson diberi potongan penalti dua mata. Walaupun pertarungan itu dibiarkan berlanjutan, Tyson menggigit Holyfield di telinga yang sebelah lagi dan pertarungan itu terpaksa dibatalkan.

Pertarungan yang terkenal itu telah menjadi perhatian sekali lagi, 23 tahun kemudian ketika kedua-dua petinjuu itu  berbicara tentang kemungkinan pertarungan trilogi dalam aksi pertunjukan untuk mengutip dana amal.

Bercakap dengan Chris Mannix di podcast tinju Sports Illustrated, Holyfield teringat betapa “marah” dan “kecewa” dia pada foul pertama.

“Saya tefikir bahawa saya akan menggigitnya kembali,” katanya, menurut Boxing Scene.

Holyfield mengatakan bahawa dia menahan rasa marahnya kerana tiga sebab:

Pertamanya jurulatihnya telah memberi amaran kepadanya sebelum pertarungan bahawa Tyson mungkin akan “melakukan sesuatu”.

Neneknya telah memberitahunya “mereka selalu menangkap orang yang melakukan kejahatan mereka untuk kali kedua.”

Mahu menamatkan pertarungan tinju dengan sebaiknya.

“[Pada ketika itu] saya tahu bahawa saya akan menggigitnya kembali, namun krew saya di penjuru bernama Tim Hallmark, ayahnya telah memberitahu kami bahawa dalam lawan saya akan melakukan sesuatu kepada saya.”

“Jadi saya terus kekal mengawal diri saya dan ingat kepada Tuhan.”

“Oleh itu, saya memberitahu coah saya, Tim Hallmark, untuk mengingatkan saya jika ada perkara itu berlaku,” kata Holyfield, yang menyatakan pada waktu itu dia seorang Kristian yang ‘baru lahir’ / baru kembali ke jalan yang dituntut agamanya.

“Dan dia terus menerus berkata kepada saya, ‘Tetaplah ingat pada Tuhan.’ Saya ketika itu tidak menumpukan perhatian pada Tuhan, kerana saya mahu menggigitnya kembali.”

“Kemudian tiba-tiba terlintas di fikiran saya apa yang dikatakan oleh nenek saya – mereka selalu menangkap orang yang melakukan kesalahan mereha kali kedua. Oleh itu, saya memutuskan untuk tidak menggigitnya kembali. Dan dia menggigit saya lagi. ”

“Ya, dia menggigit saya lagi Kemudian, anda tahu, Mills Lane, dia telah menghentikan pertarungan itu. ”

Namun pada hari ini kedua dua petinju itu sudah menjadi rakan karib. Mereka tidak ada menyimpan dendam.

Baca yang lain