Honda Gagal Duduki Podium Selepas 5 Perlumbaan Pertama Kali Sejak 38 Tahun

Repsol Honda sebelum ini seringkali menafikan bahawa mereka power hanya kerana Marquez semata mata.

Ini selepas beberapa pemerhati MotoGP sudah melihat satu pattern merisaukan pada pasukan Repsol Honda yang terlalu bergantung kepada Marc Marquez.

Ia secara tak langsung dikatakan menjadi sebab kenapa pelumba kedua Repsol Honda seringkali merasa tersisih.

Namun kini seakan akan tuduhan itu memang berasas. Honda tanpa Marquez ibarat Barcelona tanpa Lionel Messi.

Inilah yang dialami oleh pasukan Honda dalam lima perlumbaan pertama MotoGP 2020. Tanpa Marc Marquez yang mengalami kecederaan, pelumba Honda RC213V yang lain gagal cemerlang.

Lebih menyedihkan apabila seteru utama mereka Yamaha terus mencatatkan rekod yang baik termasuk pasukan satelit mereka.

Sekarang ini, MotoGP 2020 telah mengadakan lima siri, tidak ada pelumba Honda yang meraih podium atau menduduki tempat ketiga teratas.

Ini adalah pencapaian terburuk pasukan pengeluar Jepun sejak kembali ke kelas premium MotoGP pada tahun 1982.

Kesan kecederaan Marc Marquez memang memberi kesan besar kepada Honda. Impaknya bukan sahaja kepada kempen peribadi Marquez untuk mempertahankan kejuaraan dunia.

Malah turut memberikan impak kepada Honda untuk menjadi juara sebagai pasukan dan carta dalam kategori pengeluar.

Kini Repsol Honda terperosok di kedudukan terbawah dalam carta kedudukan pasukan dengan hanya mengutip 15 mata.

Untuk kedudukan pengeluar Honda berada di tempat kelima daripada enam jenama pengeluar yang mengambil bahagian.

Khabar terbaru lebih merisaukan Repsol Honda, ini apabila Marc Marquez dijangka akan terus tersisih selama kira-kira 2-3 bulan.

Keadaan ini dikhuatiri akan membuatkan Honda akan terus gagal dalam arena persaingan.

Berikut adalah kedudukan pelumba pasukan dan pengeluar MotoGP 2020 setelah 5 perlumbaan.

Kedudukan pelumba (12 teratas)

  1. Fabio Quartararo – 70 mata
  2. Andrea Dovizioso – 67 mata
  3. Jack Miller – 56 mata
  4. Brad Binder – 49 mata
  5. Maverick Vinales – 48 mata
  6. Takaaki Nakagami – 46 mata
  7. Valentino Rossi – 45 mata
  8. Joan Mir – 44 mata
  9. Miguel Oliveira – 43 mata
  10. Pol Espargaro – 35 mata
  11. Franco Morbidelli – 32 mata
  12. Johann Zarco – 30 mata

Kedudukan Pengeluar

  1. Yamaha – 88 mata
  2. Ducati –  87 mata
  3. KTM – 82 mata
  4. Suzuki – 57 mata
  5. Honda – 46 mata
  6. Aprilia – 20 mata

Kedudukan Pasukan

  1. Petronas Yamaha SRT – 102 mata
  2. Monster Energy Yamaha MotoGP – 93 mata
  3. Pasukan Ducati – 92 mata
  4. Perlumbaan Kilang Red Bull KTM – 84 mata
  5. Pasukan Suzuki Ecstar – 73 mata
  6. Pramac Racing – 69 mata
  7. Red Bull KTM Tech 3 – 56 mata
  8. LCR Honda – 53 mata
  9. Esponsorama Racing – 37 mata
  10. Aprilia Racing Team Gresini – 23 mata
  11. Repsol Honda Team – 15 mata

Baca yang lain