Sebelum ini Boon Siew Honda, sudah mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan model terbaru motosikal Honda dalam masa dua minggu lalu.
Mereka tidak menyatakan model motosikal yang mahu mereka lancarkan itu. Dan tiada sebarang maklumat ataupun butiran tentang produk yang mahu mereka mahu lancarkan.
Namun begitu portal Paultan mendedahkan bahawa ada model Honda RS150R V2 dilihat berada di pusat pameran Honda di Subang Jaya baru baru ini.
Lantas Paultan meramalkan bahawa inilah model yang dimaksudkan oleh pihak Honda sebelum ini.
Belum ada tanda harga jualan rasmi lagi diumumkan oleh pihak Honda.
Namun begitu berdasarkan tag harga di pameran tersebut tertera harga untuk seunit RS150R V2 bermula RM9,300 untuk warnah hitam/jingga, biru/putih, merah/hitam dan versi tricolor.
Sementara itu untuk versi Repsol pula harga bermula dari RM9,500. hal tersebut tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran.
Sebelum ini model lama RS150R bermula dengan harga RM7,999 untuk standard dan RM8,299 untuk versi Repsol.
Honda RS150R V2 ini akan hadir dengan panel LCD digital sepenuhnya.
Tiada perubahan pada bahagian enjin dengan satu silinder, liquid-cooled,149.16cc serta enam gear.
Rujukan: Paultan