Ketua pengadil Liga Perdana Inggeris, Howard Webb telah menghubungi Arsenal dan Brighton untuk ‘mengakui kesilapan ketara dalam proses VAR’ berikutan dua keputusan ofsaid yang tidak betul pada hari Sabtu, kata PGMOL.
Arsenal dan Brighton kedua-duanya berasa terkilan dengan keputusan kontroversi itu, dengan gol penyamaan Brentford di Emirates tersilap dibenarkan dan gol pembukaan Pervis Estupinan di Crystal Palace tersilap dibatalkan.
Sportsmail mendedahkan selepas Arsenal seri 1-1 bahawa Lee Mason, yang bertugas sebagai pegawai VAR, telah terlupa untuk meletakkan garis ofsaid untuk menilai sama ada Christian Norgaard berada dalam kedudukan ofsaid atau tidak apabila dia menghantar bola kepada untuk Ivan Toney.
Percubaan separuh masa pertama Brighton dalam keputusan seri 1-1 mereka telah diketepikan akibat garisan ditarik dari pemain pertahanan yang salah.
Kenyataan PGMOL berbunyi: “Howard Webb telah menghubungi Arsenal dan Brighton untuk mengakui dan menjelaskan kesilapan ketara dalam proses VAR.”
“Kedua-dua insiden, yang berpunca daripada kesilapan manusia dan berkaitan dengan analisis situasi ofsaid, ianya sedang disemak secara menyeluruh.’
Pengakuan itu dibuat selepas kedua-dua kelab berasa marah dengan keputusan itu, yang berpotensi membawa kesan besar untuk cita-cita kelab masing-masing musim ini.
Mikel Arteta, pengurus Arsenal, berkata ‘prinsip’ bertahan perlu diubah apabila peraturan ‘berubah’ merujuk kepada keputusan membenarkan gol Brentford ketika itu.
“Saya baru sahaja melihat semula ulang tayang gol itu dan ia adalah ofsaid,” kata Mikel Arteta.
“Mereka mungkin akan memberi penjelasan pada minggu ini tetapi hari ini kami tidak mendapat penjelasan lagi.”
“Anda perlu menggunakan prinsip tertentu dalam bertahan dan anda melakukannya dengan mematuhi peraturan. Tiba-tiba anda menukar peraturan, dan kemudian anda perlu mengubah prinsip anda.”
Alasan Bodoh VAR Benarkan Gol Ofsaid Brentford: ‘Terlupa Lukis Garisan Offside’
Brighton pula mendedahkan pada pagi Ahad bahawa mereka telah menerima permohonan maaf daripada badan pengadil.
“Seperti yang disahkan kepada kelab oleh PGMOL malam tadi, kesilapan serius telah dibuat apabila tidak membenarkan gol Pervis Esstupinan di Crystal Palace petang semalam,” kata kelab itu.
“Garisan yang dilukis dalam bilik VAR untuk menentukan sama ada Pervis berada dalam kedudukan ofsaid telah dilukis dengan tidak betul, dan gol sepatutnya kekal.”
“Walaupun sangat kecewa dengan kesilapan itu, kelab telah menerima permohonan maaf PGMOL dan tidak akan membuat sebarang komen lanjut.”
Legenda Arsenal, Ian Wright, telah meluahkan di media sosial pada hari Ahad, mempersoalkan apa yang mungkin akan menjadi impak kepada Arsenal, Brighton dan Chelsea.
Dalam aksi Chelsea menentang West Ham, VAR tidak memberikan penalti kepada Chelsea walaupun Tomas Soucek menghentikan rembatan Gallagher dengan tangannya.
“Semalam wei, Saya tidak percaya… Saya tidak percaya apa yang saya lihat semalam. Apakah kesannya untuk Brighton yang cuba masuk ke Eropah?” kata Wright.
“Apakah kesannya untuk seseorang seperti Graham Potter? Akhirnya kita melihat pasukan Chelsea melakukan beberapa perkara yang hebat dalam setengah jam pertama dan saya berfikir, “ya, Graham Potter, anda mula mendapatkannya”.
“Apakah akibatnya untuk Arsenal, kawan? Cuba meletakkan persaingan gelaran bersamanya, kawan, apakah akibatnya? Liga terbaik di dunia kata mereka, itulah yang kita katakan, “oh, liga terbaik di dunia”‘.
“Kesilapan mereka. Apa yang akan berlaku daripada PGMOL, seseorang itu akan dapat apa apa [hukuman]? Kita akan dapat permohonan maaf, mereka akan dapat penggantungan… [lebih kepada] rehat yang dikaburi sebagai penggantungan.”
“Anda tidak boleh menyalahkan teknologi. Dalam dua kes mereka melukis garisan di tempat yang salah! Tempat yang salah!”