Sejak disenarai hitam oleh pentadbiran Trump sebagai entiti yang mengancam keselamata, Huawei tidak diberikan akses kepada googles services. Bermaksud tiada google play store.
Memang ada cara nak install google tu semua tetapi menerusi sumber terbuka. Ada di antara aplikasi, yang tahap keselamatannya tidak terjamin.
Jadi korang kena la berhati-hati ye.
Baiklah, Huawei sebenarnya, seperti yang kita sedia maklum sudah ada Huawei AppGallery sendiri. Dan banyak juga aplikasi di dalam tu. Cuma tidak sebanya yang ada pada google play store.
Huawei sudah membelanjakan sekitar $26 juta untuk mengupah developer membangunkan aplikasi telefon pintar bagi AppGallery mereka.
Baru-baru ini Huawei mengadakan hari bersama developer di London. Huawei menyatakan mereka hanya mengambil 15% daripada pendapatan para developer berbanding dengan 30% yang dikenakan oleh Apple dan Google.
Timbalan Presiden Jabatan Konsumer Huawei, Jamie Gonzalo menyatakan Huawei kini berusaha membentuk ekosistem aplikasi yang lebih menyenangkan pengguna.
Telefon pintar terbaru Huawei iaitu Mate 30 kini beroperasi dalam bentuk android versi sumber terbuka, tanpa Google apps ataupun servis.
Namun begitu, Huawei Mobile Services 4.0 yang baru dilancarkan kini mengandungi banyak aplikasi yang popular di Google Apps dan Google Services.
Huawei menyatakan ada 400 juta pengguna aktif bagi AppGallery mereka pada ketika ini. Huawei menganggap ia satu pencapaian luar biasa.
Sumber: Android Central