Huawei dengan bangganya mengumumkan jumlah jualan telefon pintar yang mereka, pada tahun ini, sangat tinggi walaupun mendapat tekanan daripada Amerika Syarikat pada tahun ini.
Beberapa bulan lalu, AS telah mengenakan tekanan ekonomi ke atas Huawei kerana dituduh ada kaitan dengan pengintipan.
Huawei kemudian mengeluarkan kenyataan mereka sudah bersedia dengan sebarang impak seperti ini.
Perang AS dengan Huawei membuatkan Donald Trump mengumumkan pembekuan urusan dengan Huawei. Dan semua syarikat teknologi yang berkaitan termasuk Google diarahkan menamatkan urusan dengan Huawei.
Namun begitu, tekanan ekonomi dan hubungan dingin dengan AS tidak langsung memberikan impak besar kepada Huawei. Hal ini kerana mereka sudah memiliki peminat mereka tersendiri.
P30 merupakan telefon pintar yang berasaskan fotografi tahap tinggi. Huawei dalam kenyataan mereka mengumumkan bahawa mereka setakat ini sudah mengeluarkan 200 juta telefon pintar mereka pada tahun ini.
Untuk angka yang sama pada tahun lalu, Huawei kali ini mereka lebih laju, sekitar 2 bulan (64 hari), untuk mencapai angka 200 juta itu.
Daripada jumlah itu, P30 menyumbang sebanyak 16.5 juta. Ianya hampir 10% daripada jumlah telefon yang terjual oleh Huawei ke seluruh dunia.
Menerusi Twitter mereka Huawei berkata: “Kami baru sahaja melebih angka 200 juta untuk shipment (telefon) pada 2019, 64 hari lebih awal daripada tahun lalu.”
“Terima kasih dan penghargaan kami kepada semua dan mereka yang memberikan sokongan, dan kami akan terus memperbaiki teknologi untuk semua.”
Baru baru ini New York Times melaporkan pentadbiran Donald Trump memberikan lampu hijau kepada US Commerce Department untuk mulai memberikan lesen kepada Huawei.
Namun masih belum ada perkara rasmi yang disahkan daripada berita itu. Jika betul Trump memberikan semula lesen kepada Huawei berurusan semula dengan AS, ia berita yang baik kepada peminat Huawei yang terus menerima akses kepada kandungan Google.