Huawei Umum P40 Dan P40 Pro Jual Tahun Depan, Tanpa Perkhidmatan Google

Huawei sudah mengumumkan bahawa mereka akan mengeluarkan satu lagi telefon pintar flagship mereka di Paris pada Mac tahun 2020.

Ini pastinya berita gembira buat peminat Huawei di seluruh dunia selepas kegemilangan P30 sebelum ini.

Produk tersebut adalah Huawei P40 dan juga P40 Pro. Ianya adalah projek yang besar oleh Huawei. Akan menjadi satu acid test kepada mereka.

Ini kerana Huawei P40 dan P40 Pro akan beroperasi dengan Android 10 – EMUI 10 dengan mobile service mereka sendiri iaitu Huawei Mobile Services.

Power kan?

Ini bermakna, Huawei P40 akan menjadi telefon pintar Huawei yang pertama menggunakan mobile service mereka sendiri dan tiada perkhidmatan google.

Perkara ini disahkan sendiri oleh Richard Yu, ketua bahagian pengguna di Huawei.

Richard memberikan jaminan, P40 dan P40 Pro akan memberikan kepuasan sebenar kepada pengguna.

Ianya akan hadir dengan rekaan yang menarik serta kualiti kamera yang lebih baik, memberikan pengalaman yang tiddak pernah dirassai pengguna sebelum ini.

Selain itu, Richard Yu juga memberikan jaminan bahawa Huawei P40 dan P40 Pro akan menggunakan chipset yang lebih berkuasa dengan hayat baterinya ditambah.’

Produk tersebut dijangka akan mengunakan kapasiti bater 5,500 mAh dengan paparan skirn 120Hz.

Biasanya ayat macam tu memang akan terkeluar daripada mereka ni kan. Tak perlu nak terkejut sangat. Tunggu je la spec dia nanti.

Huawei P40 dan P40 akan berasaskan Kirin 990 5G chipset dan Kirin 1020 akan digunakan untuk operasi Mate 40.

Huawei nampaknya sudah benar-benar bersedia beroperasi tanpa bergantung kepada perkhidmatan Google.

Huawei mendapat tentangan daripada Washington sebelum ini kerana disyaki menjadi tali barut perisikan.

Dan Washington mengenakan tekanan ekonomi ke atas Huawei dengan mengarahkan Google menghentikan perkhidmatan dengan mereka.

Huawei sudah berikrar mereka akan mampu untuk terus berdiri meskipun tanpa Google. Kerana mereka menegaskan sudah ada plan kecemasan, yang memang sudah ada mereka sediakan untuk perkara – perkara seperti ini.

Jadi macamana? Adakah anda sudah bersedia menggunakan Huawei tanpa perkhidmatan Google selepas ini?

Baca yang lain