Pemain sayap, Callum Hudson Odoi telah membidas pihak yang menyebarkan khabar angin pelik mengaitkan dia dengan skandal seks Jeffrey Epstein.
Hudson Odoi menafikan sama sekali dia pernah melawat pulau milik Jeffrey Epstein.
Dokumen mahkamah dikeluarkan pada Khamis berkaitan dengan serangan seksual oleh Epstien. Di mana ianya turut membabitkan beberapa tokoh terbilang.
Epstein meningga; dunia pada 2019 pada usia 66 tahun ketika dia menunggu tarikh perbicaraan berkenaan dengan jenayah seksual termasuk pemerdangangan wanita.
Khabar angin mengaitkan pemain Nottingham Forest, Callum Hudson Odoi sebagai salah seorang yang terlibat.
Setakat ini tidak ada sebarang bukti bergambar atau video Hudson Odoi pernah bersama Epstein di pulau tersebut.
Dia kecewa kerana media mengaitkan namanya. Dia sedar tentang khabar angin itu namun sebelum ini dia membiarkan sahaja.
Tetapi semakin dia biarkan, semakin liar pula khabar angin itu berlegar sehinggakan dia tampil membuat penjelasan di instagram.
Hudson Odi menulis: “Saya ada melihat berita berlegar di media sosial ketika ini, dan saya tak akan komen tentangnya kerana berita itu tak masuk akal [saya masih kecil lagi ketika skandal itu berlaku].
The funniest thing about the Epstein List that has been floating around Twitter for the past 3 years is that it contain the 23 year old Chelsea winger Callum Hudson-Odoi who would have been 6 years old when all that shit was happening… and people still believe it 😭 pic.twitter.com/Keu8Ei7aHK
— 🗿 (@thegreyrock) January 2, 2024
“Namun saya faham, dengan kedudukan saya ada, dan sebagai sebagai seorang role model saya nak menjelaskan sejelasnya di sini bahawa saya tidak pernah terlibat dengan skandal Epstein dan tak pernah pergi ke pulau Epstein pun. Jadi tolong berhenti tag nama saya dekat hantaran hantaran seperti ini.”
Lebih 80 nama telah didedahkan terlibat dalam skandal tersebut. Dan nama Hudson Odoi tiada di dalamnya – menurut Newsweek.
📲 Callum Hudson-Odoi on IG: I have never been part of the Epstein scandal pic.twitter.com/ZWIsJhtFoy
— Football Talk (@FootballTalkHQ) January 4, 2024
Skandal seks Jeffrey Epstein turut melibatkan kanak kanak bawah umur. Antara nama yang dikaitkan ialah bekas presiden AS, Bill Clinton dan Donald Trump diketahui mempunyai hubungan rapat dengan Epstein.
Bagaimanapun, kedua-dua mereka tidak dituduh melakukan sebarang salah laku atau penyelewengan berkaitan pedofil.
Jurucakap Clinton mengesahkan pada 2019 bahawa bekas presiden itu telah terbang dengan pesawat peribadi Epstein tetapi berkata Clinton tidak tahu apa-apa tentang “jenayah ngeri” pembiaya kempennya itu.
Seterusnya Trump memberitahu wartawan bahawa dia pernah melarang Epstein daripada melawat hartanah miliknya di Mar-a-Lago. Bagaimanapun, belum ada penjelasan umum mengapa persahabatan mereka berakhir.
Pengasas Microsoft Bill Gates, yang bertemu dengan Epstein beberapa kali bermula pada 2011, berkata dalam temu bual bahawa dia menyesal kerana pernah makan malam dengan Epstein untuk membincangkan usaha kebajikannya.
Bagaimanapun, Gates tidak pernah dituduh melakukan sebarang kesalahan. Cuma Gates malu pernah berkawan dengan individu tersebut.
Pada 2022, Putera Andrew dari Britain dituduh melakukan perbuatan seks dengan Virginia Roberts Giuffre, ketika Giuffre masih di bawah umur.
Where is the smoking gun picture? Virginia Giuffre claimed original photograph of Prince Andrew with his arm around her is in a 'storage box full Nerf guns and kids' toys in Sydney https://t.co/0c3x9Fek78 pic.twitter.com/1R0p74zx94
— Daily Mail Online (@MailOnline) January 4, 2024
Adalah diketahui bahawa Giuffre telah berhubung rapat dengan Putera Andrew melalui perdagangan yang dijalankan oleh Epstein dan Maxwell.
⛔️ #JeffreyEpstein Victim “I was Trafficked To Prince Andrew”
Virginia Roberts Giuffre “I was so young. Ghislaine woke me up in the morning & said you're going to meet a prince today. I didnt know at that point that I was going to be trafficked to a prince — I hopped in the… pic.twitter.com/jCNQsywtAl
— 🇺🇲Salty Texan (@texan_maga) January 5, 2024
Leon Black, pengasas bersama firma ekuiti swasta Apollo Global Management, menafikan dakwaan dalam dokumen mahkamah bahawa dia merogol gadis bawah umur di rumah Epstein di New York.
Siasatan bebas 2021 terhadap Black yang dibiayai oleh Apollo tidak menemui bukti bahawa Black terlibat dalam aktiviti jenayah Epstein. Bagaimanapun, didapati bayaran Black kepada Epstein untuk perundingan dan perkhidmatan lain berjumlah AS$ 158 juta antara 2012 dan 2017.
Pada Mac 2021, Black berkata dia akan berundur daripada syarikat yang diurusnya di tengah-tengah penelitian yang mendalam mengenai hubungannya dengan Epstein.
Jes Staley, bekas eksekutif JPMorgan Chase yang menjadi ketua perbankan Barclays, sebahagian besarnya bertanggungjawab ke atas hubungan kewangan 15 tahun bank AS dengan Epstein. Pada bulan Mac, JPMorgan menyaman Staley atas kaitan dia dengan Epstein.
Pada bulan Oktober, Staley telah dilarang daripada memegang jawatan kanan dalam industri perkhidmatan kewangan UK kerana mengelirukan pengawal selia tentang hubungannya dengan Epstein.
“Staley didakwa bertukar-tukar e-mel berunsur seksual dengan Epstein, beberapa daripadanya mengandungi gambar wanita muda,” menurut tuntutan mahkamah persekutuan yang difailkan oleh Kepulauan Virgin A.S.