Huggy Wuggy Karakter Yang Membuatkan Kanak Kanak Menganggap Membunuh Itu Satu Keseronokan

Huggy Wuggy bukanlah nama baru yang sudah popular di YouTube. Dan ianya diikuti oleh ramai kanak kanak bawah umur ataupun sekolah rendah serta seawal usia bawah 6 tahun sekalipun.

Karakternya menggerikan dan menyeramkan. Senang cerita, ianya teddy bear versi ganas dengan gigi tajam.

Telah banyak kebimbangan disuarakan oleh ibu bapa setelah mereka melihat kelakuan anak mereka. Di mana ada kanak kanak yang dengan terbuka menyatakan bahawa mereka mahu membunuh ibu bapa mereka.

Rupa rupanya mereka terikut ikut dengan permainan Huggy Wuggy.

Karakter tersebut sebenarnya sebahagian daripada karakter daripada permainan video ganas Poppy Playtime.

Boleh dikatakan karakter itu mungkin sesuai untuk kanak kanak atas usia 13 tahun. Namun sukar untuk mengawalnya.

Huggy Wuggy sangat menyeramkan terutama sekali untuk kanak akan kecil. Dan seringkali menggunakan ayat ayat yang ganas dan tidak elok. Ini termasuk:

Sharp teeth leave you bloody

Don’t ever call me ugly

Hug me until you die.

Laporan polis pertama dibuat ibu bapa tentang karakter itu dibuat di England. Ini selepas beberapa siri kelakuan pelik daripada karakter itu mulai diikut kanak kanak.

Polis di England kemudian mengingatkan ibu bapa agar memantau aktiviti anak mereka. Kemungkinan mereka sudah terdedah dan terpengaruh dengan karakter fantasi Huggy Wuggy.

Ada kanak kanak mulai menganggap aktviti berbahaya dan kelakuan ganas itu satu keseronokan.

Semua pakar psikologi setuju bahawa, kesemua karakter yang menyeramkan, ganas, termasuk Huggy Wuggy boleh mempengaruhi psikologi kanak kanak termasuk masalah gangguan tidur serta anxiety.

Ianya mulai menjadi popular di kalangan kanak kanak kerana akses kanak kanak yang semakin mudah kepada aplikasi seperti YouTube, TikTok serta permainan ala metaverse – Roblox.

Menurut salah seorang ibu, anaknya berusia 3 tahun mengetahui karakter itu daripada kakaknya yang bermain Roblox.

Seorang lagi ibu di UK bernama Beth Buxton terkejut apabila cikgu menghubunginya kerana anak lelakinya di sekolah telah tiba tiba bercakap dengan rakan rakannya menyatakan bahawa dia mahu membunuh dan menembak orang di sekolah. Sambil menyatakan bahawa dia melakukan perkara itu ketika di rumah.

Psikologi kanak kanak itu bercelaru, dan terpengaruh, menganggap membunuh dan mencederakan orang itu satu keseronokan.

Malah dia memberitahu kawan kawannya, dia selalu memanjat tingkap rumahnya. Sambil berpesan dia tak takut mati kerana, dia boleh hidup atau bangkit kembali selepas kematian.

Ibunya dan gurunya mendapati, semua yang disebut anak itu adalah hasil daripada Huggy Wuggy.

Bukan itu sahaja, ada juga ibu bapa yang terkejut apabila anak mereka menyatakan mahu membunuh mereka dengan berkata: “Hug me until you die.”

Pencipta lagu lagu dalam Huggy Wuggy, TryHard Ninja menafikan dia cuba mempengaruhi kanak kanak secara psikologi.

Dan berkata, dia ada sasaran audien yang spesifik iaitu mereka yang berumur 13 tahun ke atas. Dia menyatakan bahawa konten mereka bukan untuk kanak kanak. Jadi adalah tanggungjawab ibu bapa untuk memastikan anak mereka tidak ada akses ke atas konten sedemikian.

Try Hard Ninja berkata: “Saya mendapati ada beberapa cerita kurang tepat tentang post berkaitan video kami baru baru ini.”

“Saya sangat memahami keprihatinan kamu, namun artikel artikel ini kurang tepat. Huggy Wuggy adalah rakasa dalam permainan horror.”

“Saya sudah melabelkan video ini bukan untuk kanak kanak setiap kali saya memuat naik dan ianya tidak boleh muncul dalam aplikasi YouTube Kids.”

Jadi apa yang ibu bapa harus lakukan?

Penulis Andy Robertson dari Forbes menyatakan bahawa, perkara penting yang ibu bapa harus buat adalah bertanya kepada anak mereka, adakah mereka kenal dengan karakter Huggy Wuggy dengan menunjukkan gambar karakter tersebut.

Jika mereka kenal dengan karakter itu maka anak anda sudah menjadi sebahagian audien Huggy Wuggy.

Penulis juga menyatakan bahawa paling penting ibu bapa jangan memberikan penjelasan terlalu spesifik tentang kegasanan Huggy Wuggy. Gunakan cara lain agar mereka menjauhi karakter tersebut.

Menurut pakar psikologi klinikal Tony Ritchie menjelaskan: “Bercakap dengan anak anda tentang ketakutan mereka, dan bantu mereka memahami bahawa apa yang mereka lihat adalah bertujuan untuk menakutkan… ia direka untuk menakutkan orang ramai, dan kanak-kanak lain juga takut dengan perkara ini”.

Bantu mereka membezakan antara fantasi dan realiti. Memberitahu anak anda bahawa watak itu tidak lebih daripada ciptaan fiksyen akan membantu mereka membezakan antara fantasi dan realiti, kata profesor psikologi Dr Vanessa LoBue.

“Selain konteks, kanak-kanak juga bergantung pada apa yang orang lain beritahu mereka—apa yang penyelidik panggil kesaksian.”

“Kesaksian ibu bapa biasanya merupakan cara yang boleh dipercayai untuk belajar tentang cara dunia berfungsi dan kanak-kanak biasanya mempercayai apa yang orang dewasa beritahu mereka”.

Cara lain adalah sekat sahaja konten berkaitan dengan Huggy Wuggy di aplikasi telefon pintar anak anda. Setakat ini, YouTube Kids tidak ada akses kepada Huggy Wuggy. Tidak pastilah esok lusa macamana.

Seterusnya cadangkan anak anda untuk melihat konten yang lain selain Huggy Wuggy.

Paling penting anda sentiasa memantau aktiviti anak anda di telefon pintar.

Rujukan:

News 24

Forbes

Chatterbox

Parents

Baca yang lain

Cafu: ‘Hanya Neymar Yang Ada Magis’

Cafu mempertahankan kualiti Neymar dengan menganggap dalam pasukan Brazil sekarang hanya beliau yang benar benar berkelas dunia. Cafu menganggap adalah tidak adil