Hugo Lloris Sedar Spurs Memang Kelab Yang Tak Pentingkan Trofi

Hugo Lloris menyatakan dia mulai menyedari bahawa mentaliti di Spurs memang menerima kalau menjadi kedua terbaik atau tidak menang piala.

Ianya sebelum final UCL 2019  menentang Liverpool. Di mana Daniel Levy menghadiahkan semua pemain Spurs dengan barangan mewah. Menurut Hugo Lloris dia sudah beberapa kali ke final dan memenangi Piala bersama Perancis dan kelab lamanya Lyon.

Namun ketika di Spurs, kelab itu gembira dan meraikan kejayaan mereka ke final seperti menang piala.

“Kami semua ada kenangan pada masa itu. 4 hari sebelum final UCL, Daniel Levy menghubungi kami semua dan kami semua akan menerima jam tangan mewah yang ditaja oleh oleh penaja kelab. Awalnya, kami semua teruja melihat kotak yang cantik dan elegan.

“Kemudian kami buka kotak itu dan di belakang setiap jam itu, diukir dengan nama pemain dan “Champions League Finalist 2019”. “Finalist.” Siapa pernah buat benda macam ni? Saya masih tak boleh melupakannya. Jika kami menang, dia mungkin tak ada masa nak suruh kami bagi dia balik jam itu untuk dia ukir kami sebagai juara.

“Dengan ukiran itu dibuat pada jam itu, maka tidak mengejutkan kalau kami terus berada di belakang [Liverpool] hanya beberapa minit perlawanan, itu semua dah tertulis.”

“Selepas kekalahan di final itu, di hotel, saya ada perasaan bahawa ada beberapa orang dari kelab ini, dan beberapa pemain kami tidak terlalu kecewa dengan kekalahan itu.

“Saya akan menghargai jika ada seseorang yang datang dan berkata: ‘Jangan risau Hugo, benda ni tak akan berlaku lagi. Kita akan bangkit!

“Namun ketika saya kembali ke bilik hotel saya selepas final itu, saya mulai ada perasaan sepertimana Harry Kane dan Mauricio, mempersoalkan, adakah kelab ini benar benar mahu memenangi sesuatu?

“Real Madrid tak akan pernah meraikan kekalahan mereka di final, dan kami pun tak sepatutnya meraikan kekalahan itu.

“Segalanya menjadi sangat sukar selepas itu untuk Mauricio dan kami semua. Kelab akhirnya melabur untuk membeli pemain. Namun kami masih tidak dapat bangkit daripada kekalahan di final UCL itu. Dan skuad kami masih tidak cukup bagus untuk bangkit semula. Itu belum lagi cerita tentang ketegangan berlaku dalam kelab kerana keputusan dibuat kelab yang dibuat tanpa persetujuan oleh skuad dan juga pengurus.

“Misalnya, kelab memasang kamera di mana sahaja untuk merakam siri Amazon. Ianya memakan kos kira kira £10 juta, dan kami tertanya tanya, ia akan mempengaruhi aktiviti kelab ini. Setiap orang diminta untuk buka mic setiap hari.

“Apabila krew filem meletakkan mikrofon kecil di beberapa tempat di meja kantin, kami akan duduk di meja yang sebelah. Kami harus berhati hati sepanjang masa. Satu satunya tempat kami boleh bebas bercakap adalah di bilik persalinan, kerana mereka setuju bahawa di situ tidak boleh dirakam.

“Selain itu semua tempat ada kamera dan mikrofon, malah ketika sesi latihan. Di mana itu bukan masalah kecil, ianya ada kesannya.

“Saya mendapati Antonio Conte boleh menjadi karakter yang tepat untuk mengubah kelab ini. Dia memberikan kami tenaga. Namun dia mulai tak mampu mengawal kekecewaannya apabila kami mulai seri, lepas tu kalah.

“Kesakitan dari dalam dirinya harus dilepaskan. Jika dia merasa sakit, semua orang pun akan merasainya. Kemudian keadaan menjadi sangat rumit dalam sekelip mata.

“Pernah sekali dia memberitahu bahawa dalam mana-mana minggu, kebahagiaannya bertahan sejam, selepas menang, dan itu sahaja. Dalam latihan, dia menyelia segala-galanya, mengatur sesi taktikal dengan 10 pemain luar [outfield player] menentang seorang penjaga gol; tetapi sukar bagi pemain kreatif untuk mencari tempat mereka dalam corak permainannya yang ketat.

“Keutuhan struktur itu memberi kami banyak kebaikan pada mulanya tetapi, selepas beberapa bulan, pasukan belajar bagaimana untuk bermain menentang kami dan ia menjadi lebih sukar untuk menang.

“Semasa perlawanan, Conte seorang yang sangat agresif dan meletus seperti yang dia selalu tonjolkan, semua orang hormat dan takut kepadanya. Keperibadian yang begitu kuat mendorong pemain sayap lebih gemar bermain di bahagian bertentangan dengan ruang rehat.

“Saya tidak pernah melupakan kekalahan pertama kami di bawah Conte: kekalahan 2–1 kepada NS Mura di Slovenia dalam Liga Persidangan Uefa. Walaupun saya tidak bermain, saya masih tetap menerima jeritan dan celaannya, sama seperti orang lain. Dalam mesyuarat skuad, kami akan meluangkan sekurang-kurangnya 30 minit sehari untuk membuat analisis video, tidak lupa juga kem persediaan yang tidak berkesudahan di pusat latihan kami.

“Selepas kekalahan di Maribor, dia telah menjerit: ‘Mura, Mura, siapa Mura?! Kita kalah dengan Mura!’ Saya masih boleh mendengarnya.

“Jika seorang pemain memerlukan sedikit kasih sayang, dia lebih baik tidak mengetuk pintu Conte. Bagi Conte, kepercayaan diperoleh dalam latihan. Dia tidak ada tapis tapis, dia ikhlas, jujur. Dia seorang pengurus yang hidup hanya dengan keputusan [kemenangan], manakala dari perspektif pemain, prestasi juga penting.

“Musim itu, apabila kami tewas 3–2 kepada Manchester United (hatrik Ronaldo), keputusan yang tidak menggambarkan prestasi kami, saya memberitahu Pierre-Emile Højbjerg dan Harry Kane di bilik persalinan: ‘Mereka mungkin baru saja mengalahkan kita, tetapi saya yakin kamu akan menamatkan persaingan di atas mereka.’ Dan begitulah kami, berakhir di tempat keempat selepas menewaskan Arsenal 3–0 pada hari terakhir, meletakkan diri kami di tengah-tengah antara sifat Conte yang menuntut dan sedikit pengurusan diri kerana, secara tidak langsung selepas kami disebat dan dijerit, diherdik, akhirnya kami memasukkan jari ke telinga [mulai tak nak dengar cakap Conte].