Hukuman Messi Dibatalkan Kerana Berkelakuan Baik Sangat

PSG sebelum ini mengenakan penggantungan dua minggu dan arahan latihan berasingan ke atas Lionel Messi.

Ini selepas pemain itu pergi bercuti ke Arab Saudi pada Isnin minggu lalu, tanpa kebenaran kelab.

Ianya dianggap masalah disiplin yang tidak dapat diterima oleh kelab. Lebih lebih lagi ketika itu PSG baru je kalah dengan Lorient.

Namun sehari selepas itu, Messi memuat naik video meminta maaf kepada kelab dan rakan sepasukan kerana gagal datang ke latihan.

Menurut Messi, urusan ke Arab Saudi itu dia sudah rancang lama. Dan dua kali ditangguhkan kerana kelab.

Minggu lalu, Messi terpaksa pergi kerana dia sudah menangguhkan rancangannya beberapa kali.

Messi beranggapan hari Isnin itu adalah hari cuti seperti biasa selepas perlawanan hujung minggu.

Namun menurut Fabrizio Romano, PSG mengubah latihan jadual mereka mengejut. Di mana latihan diubah kepada Isnin.

Ketika PSG mengumumkan perubahan itu, Messi sudah berada di dalam pesawat dan tidak boleh berbuat apa apa.

Fabrizio Romano menjelaskan bahawa, PSG ketika itu menamatkan usaha untuk memujuk Messi agar terus kekal.

Dan pemain itu akan meninggalkan kelab itu selepas kontraknya tamat akhir musim ini sebagai ejen bebas.

Peminat PSG bengang dengan Messi dan membuat tunjuk perasaan anti Messi di hadapan pejabat Nasser Al Khelaifi.

Messi kemudian tampil meminta maaf di atas kesulitan yang tidak dapat dielakkan.

Messi dalam video permohonan maafnya berkata: “Saya nak meminta maaf kepada semua pihak dan rakan sepasukan saya kerana tidak hadir ke latihan pasukan.”

“Saya ingatkan ianya hari cuti seperti mana kebiasaan selepas hari perlawanan.”

“Jadi saya memutuskan untuk pergi ke Arab Saudi setelah dua kali ianya tertangguh.”

“Saya menunggu apa sahaja tindakan kelab ke atas saya.”

Hanya kira kira beberapa hari selepas video permohonan maaf terbuka itu, PSG membatalkan hukuman ke atas Messi. Kerana pemain itu berkelakuan baik.

Dia kembali berlatih bersama pasukan. Namun Galtier akan menentukan sama ada Messi akan terlibat dalam perlawanan seterusnya ataupun tak.

Baca yang lain