Hukuman Tambahan Buat Sancho, Tak Boleh Parking Di Tempat Pemain Senior

Jadon Sancho terus dibekukan oleh Erik Ten Hag. Dia sedang menjalani penggantungan secara dalaman oleh kelab, kerana kontroversi dia mengutuk pengurus sendiri.

Sancho melabel Ten Hag menipu ketika mendedahkan alasan dia tidak disertakan dalam skuad menentang Arsenal kerana tidak menunjukkan prestasi memuaskan di latihan.

Sancho kemudian menganggap Ten Hag selalu menjadikannya kambing hitam sejak dari dulu lagi. Kenyataan itu dibuat di media sosial rasmi pemain itu yang benar benar mengejutkan ramai pihak.

Sancho memadamkan post itu beberapa hari selepas itu. Namun ternyata ianya bukan bermakna hubungan Sancho dan Ten Hag sudah ok.

Sancho seterusnya mendedahkan kepada orang terdekat dengannya bahawa dia tidak berpuas hati dengan sikap pilih kasih Ten Hag kepada Antony yang seperti anak emas pengurus itu.

Walaupun sebesar mana kesilapan Antony, pemain itu tetap akan menjadi pilihan utama untuk beraksi. Itu yang membuatkan Sancho kecik hati. Dia kemudian mendedahkan bahawa dia sentiasa berada di tahap terbaik di latihan dan sentiasa menggembirakan staf kejurulatihan.

Namun tiba pada hari perlawanan, namanya sering tercicir. Komen Sancho itu membuatkan Ten Hag bengang dan menuduh pemain itu toksik. Kelab sudah menyatakan bahawa mereka menyokong Ten Hag sekali lagi. Sama seperti ketika Ten Hag vs Ronaldo musim lalu.

Hukuman pada awalnya dilarang menyertai latihan skuad utama atau beraksi dalam perlawanan kompetitif selagi lagi dia tidak meminta maaf. Sancho jelas tidak menghiraukan arahan itu.

Kemudian pemain itu dilarang berada di perkarangan dewan makan pemain utama kerana risau dia mempengaruhi pemain lain dengan sikap toksik beliau, menurut Ten Hag.

Itu membuatkan Sancho terpaksa membawa bekal sendiri dari luar untuk dia nikmati pada makan tengahari.

Sancho juga diarahkan menggunakan kemudahan pasukan pembangunan. Dia tidak diberikan akses kepada gym dan fasiliti pasukan utama. Kemudian dia kini menerima satu lagi hukuman iaitu tidak dibenarkan menggunakan parkir skuad senior atau parkir berdekatan dengan kawan itu.

Ketika dia menukar pakaian untuk berlatih dia harus bersendirian dan pemain pembangunan turut tidak dibenarkan bercampur dengannya. Ini kerana Ten Hag tidak mahu pemain itu mempengaruhi pemain pemain muda lain dengan sikapnya.

Masa depan Sancho di Old Trafford benar benar bagai telur di hujung tanduk. Dia dalam senarai untuk dijual segera pada Januari ini. Atau dipinjamkan dahulu ke kelab lain jika usaha menjualnya sukar. Namun kelab yang meminjam Sancho harus setuju dengan syarat klausa beli tetap.

Kelab lama Sancho, Borussia Dortmund dikaitkan dengan usaha membawa pulang pemain itu. Walaupun pengurus pasukan dan staf kejurulatihan kurang menyokong idea itu.