Hussein Yasser: Kisah Wonderkid Man United Dari Qatar Yang Pernah Trial Bersama Guardiola Di City

Rene Meulensteen pada ketika itu melihat kelibat Pep Guardiola selepas aksi pra musim menentang Barcelona. 2 bulan sebelumnya skuad Pep Guardiola menewaskan skuad Alex Ferguson dalam aksi final UCL.

Man United kalah lagi dalam pra musim pada masa itu. Beberapa jam sebelum sepak mula, pada 31 Julai 2011, Meulensteen bertegur sapa dengan Pep Guardiola. Namun pengurus Barcelona itu ingat ingat lupa kepadanya. Lalu Meulensteen mengingatkannya: “Tahniah sebab juara UCL, tapi aku tak rasa kamu ni ingat dengan aku lagi.”

“Kau ingat tak masa kau trial dengan Manchester City bersama dengan seorang lagi budak muda masa tu dari Qatar?”

Meulensteen mengingatkan Guardiola bahawa dia adalah orang yang membawa pemain Qatar itu ke England. Dan dia bersama sama dengan Guardiola melalui sesi pemilihan. Di mana Guardiola gagal mendapatkan kontrak yang dia mahukan pada ketika itu.

Guardiola akhirnya ingat dengan budak Qatar tersebut dan akhirnya dia bersembang dengan Meulensteen selama 2 jam. Guardiola ketika sesi trial itu sudah berusia 34 tahun, mahu bermain di England sebelum bersara.

Siapakah pemain Qatar dimaksudkan Meulensteen itu?

Nama dia Hussein Yasser. Dia duduk sebilik dengan Guardiola kerana melalui sesi trial yang sama. Malah mereka menjadi kawan baik selepas rapat dalam perkenalan itu.

Meulensteen menyatakan bahawa: “Guardila bertanya kepada saya, apa yang sudah berlaku kepada Hussein sekarang?”

Pep memuji Hussein sebagai bakat luar biasa sepanjang sesi pemilihan itu dan di pusat latihan. Namun malangnya dia tidak sesuai dengan bola sepak Inggeris.

Guardiola meluangkan masa 8 hari di Manchester City pada musim panas 2005. Dia hanya ditawarkan kontrak jangka pendek. Namun dia menolaknya kerana mahukan kontrak lebih panjang. Lalu Guardiola menyertai Dorados De Sinaloa di Mexico – yang dilatih oleh Juanma Lillo, yang kini menjadi pembantunya.

Hussein Yasser juga ditawakan kontrak selepas lulus trial, selepas beberapa siri rundingan rumit. Akhirnya winger yang laju dari Qatar itu menerimanya.

Dalam satu wawancara dengan Sport Bible, Yasser menyatakan bahawa ianya penyesalan terbesar dalam hidupnya adalah sikap tamaknya ketika di England.

Hussein Yasser berkata: “Apabila kenang kembali perkara itu, itu adalah kesilapan terbesar saya.”

Bermain untuk United dan City

Dia turut mencurangi Manchester United untuk menyertai trial di Manchester City selepas gagal mendapatkan sebarang minit dengan Man United di bawah Sir Alex Ferguson.

Memang ramai pemain Man United yang lompat ke Manchester City termasuk Peter Schmeichel, Andy Cole dan Carlos Tevez. Sebelum itu Denis Law, Brian Kidd dan Terry Cooke.

Carlos Tevez
Manchester City 2009/10
Christopher Samba Blackburn Rovers
Manchester City V Blackburn Rovers (4-1) 11/01/10
The Premier League
Photo Robin Parker Fotosports International

Tetapi bagaimana dengan Hussein Yasser? Dia nama paling tidak popular di kalangan  nama nama di atas. Tetapi dia mencatatkan rekod sebagai pemain yang pernah mewakili kedua dua kelab.

Pada era 90-an, Qatar ketika itu meningkat naik sebagai kuasa bola sepak di Asia. Mereka naik ke rangking tertinggi dalam sejarah mereka pada 1993.

Rene Meulensteen, orang penting dalam membangunkan pemain pemain muda di Qatar masa itu.

Meulensteen melihat bakat Hussein Yasser yang memiliki bakat luar biasa bernama Mujur masa tu belum ada Messi kalau tak terus digelar Messi Qatar la budak ni masa tu.

Meulensteen berkata: “Hussein Yasser meruapakan salah seorang daripada beratus ratus pemain muda yang kami pantau. Kemudian kami kecilkan kepada 34 pemain muda masa itu. Pandangan pertama saya tentang Hussein, dia sangat laju dan lincah. Dia sangat pantas.”

“Ramai pemain muda berbakat di situ pada masa itu namun Hussein adalah yang terbaik pada pandangan kami.”

Meulensteen bawa Hussein ke Manchester

8 tahun selepas dia menemui bakat bernama Hussein Yasser di akademi akar umbi di Qatar, Meulensteen ditawarkan jawatan di Manchester United. Dan dia terus mencadangkan nama Hussein Yasser kepada pengurusan. Meulensteen memiliki mata yang tajam menilai bakat. Sebab itu Sir Alex Ferguson sangat yakin dengannya. Kalau dai cakap bagus, maka memang baguslah pemain.

Meulensteen mengakui, Hussein pada masa itu bergelut untuk menepati kehendak bola sepak Inggeris yang mementingkan fizikal.

Lalu Meulensteen turut menilai kehidupan dari sudut berbeza; kalaulah Hussein Yasser ini dibawa ke La Masia, pastinya dia akan berjaya menjadi pemain elit. Kerana di sana kaedah latihan dan DNA bola sepak mereka tidak mementingkan fizikal dan kelasakan. Mereka tak peduli tentang tinggi kekuatan fizikal.

Meulensteen menambah: “Kadangkala kamu harus berada di tempat yang betul pada masa yang betul. Inilah sebabnya saya mahu membawanya ke United”

Meulensteen mahu membangunkan bakat Hussein ketika di Man United untuk membuktikan bahawa dia tak silap tentang pemain itu.

“Saya masa tu nak beritahu bahawa ada pemain muda berbakat yang sedang tinggal di Qatar.”

“Hussein berlatih dengan pasukan kami selama 7 minggu, dia menyerap segala yang kami ajar seperti span. Sangat cemerlang.”

“Saya nak bawa masuk pemain yang betul betul selesa dengan bola dan boleh mendominasi lawannya dalam apa jua situasi di atas padang. Hussein sangat bagus secara teknikal, ketika sesi 1 lawan 1, dia juga sangat bagus dalam permainan kombinasi. Dia memahami  one-touch football, tiada masalah. Dia tak akan kehilangan bola dengan mudah. Memang seorang pemain pintar.”

Hussein kagum dengan pengurusan Sir Alex

Hussein menyatakan dia teruja ketika Rene Meulensteen menjemputnya untuk trial di Manchester United.

“Saya masih ingat, Rene memberitahu bahawa dia nak bawa saya ke sesi pemilihan di Man United. Saya seolah olah tak percaya mendengarnya. Saya akan pergi ke sana dan bermain dengan nama nama besar seperti Ryan Giggs dan Roy Keane, serta ramai lagi nama besar.”

Sir Alex meluluskan permintaan Meulensteen untuk menjemput Hussein selepa dia dipertontonkan video aksi Hussein bersama skuad remaja Qatar ketika kejohanan.

Hussein malah diberikan kontrak oleh Manchester United.

Hussein berkata ianya adalah impian menjadi kenyataan. Dia sempat bertemu dengan Sir Alex Ferguson yang memberikannya kata kata nasihat. Namun malangnya Hussein sukar memahami loghat Scotland.

“Ferguson memberikan saya keyakinan yang tinggi. Dia berkata kepada saya bahawa masa depan ada di depan mata saya bermula dari sini [Manchester United].”

Ferguson memberitahu Hussein bahawa apabila mereka menandatangani mana mana pemain termasuk pemain muda, bermakna mereka percaya pemain pemain itu berbakat dan menasihati Hussein agar faham bahawa selepas ini dia perlu beradaptasi.

Hussein tidak dapat melupakan detik duduk semeja dengan juara dunia Fabien Barthez. Kerana di United tiada budaya senioriti. Semua pemain di peringkat usia bergaul sesama mereka.

Ianya budaya yang diterakan Sir Alex untuk menjadikan pemain pemain remaja akademi kelab mereka lebih bermotivasi berjumpa dengan idola mereka.

“Saya ingat lagi, Sir Alex Ferguson menghafal semua nama pemain di kesemua peringkat di kelab itu. Dia suka berjalan jalan untuk melihat pemain pemain yang berada di situ. Itu menjadi motivasi semua orang.”

“Ramai jurulatih pada hari ini tak ambil peduli pun tentang pemain akademi. Saya merasakan United benar benar satu keluarga yang besar, Mereka sangat saling menyokong antara satu sama lain. Dan saya benar benar gembira berada di sana.”

Hussein dengan cepat menjadi bakat yang menonjol. Dia mulai diarahkan menjalani latihan yang sama sesi dengan pemain bintang seperti Rio Ferdinand, Juan Sebastian Veron dan Ruud van Nistelrooy, dengan Sir Alex Ferguson memantaunya dengan rapi.

Meulensteen berkata: “Hussein beberapa kali berlatih dengan pasukan utama dan dia tak kekok langsung.”

Selepas beberapa minggu menjadi pemain akademi Man United, dia akhirnya dihantar untuk menyertai kelab Belgium, Royal Antwerp secara pinjaman sementara menunggu permit kerjanya.

Dia berjaya mencapai objektif pembangunan yang dimahukan kelab ketika di Antwerp, dan berjaya menjadi pemain utama.

Namun Hussein tidak suka berada di sana lebih lama kerana menurutnya, kelab itu tidak begitu peduli tentang pembangunan pemain yang mereka pinjam. Dia menolak untuk kekal secara pinjaman untuk musim kedua. Sepatutnya dia berada di sana 3 musim.

Tamatkan kontrak dengan United

Dia mendesak kelab mencarikan kelab lain yang lebih besar daripada Antwerp. Namun Meulensteen menegaskan bahawa pada masa itu pengurusan di Man United tidak yakin akan mendapatkan kelab besar seperti diminta Hussein.

Hussein yang bengang kemudiannya meminta penamatan kontrak. Dan kedua dua pihak mencapai kesepakatan bersama untuk berpisah.

Hussein berkata: “Kalau kenang balik, jika saya mengambil keputusan sebaliknya, untuk kekal 3 musim di sana. Pun saya tak akan menjadi pemain utama Man United kerana beza kualiti pasukan tersebut dengan Manchester United terlalu jauh.”

Selepas itu Hussein menyertai kelab Cyprus, Limassol. Dia gagal membuat sebarang penampilan dengan pasukan utama. Kemudian dia berpindah ke kelab Qatar, Al Sadd. Walaupun aksinya tidak konsisten namun dia dengan regular berada dalam skuad kebangsaan.

Namun dia cemerlang membantu Qatar menjadi juara Piala Negara Teluk. Legenda Man City, Ali Benarbia, yang bermain untuk Al-Rayyan menghubungi Hussein dan mencadangkan namanya kepada Stuart Pearce yang ketika itu menjadi pengurus Manchester City.

Pearce pada masa itu mencari winger baru bagi menggantikan Shaun Wright Phillips nak nak angkat kaki. Lalu Ali Bernabia yakin inilah pemain terbaik menggantikan Phillips.

Hussein Yasser dipanggil menyertai sesi pemilihan di City. Kerana Pearce percaya dengan saranan Bernarbia.

Hanya selepas dua hari berlatih, Stuart Pearce menurunkan Hussein dalam aksi pemanas badan menentang Macclesfield – perlawanan seri 1-1.

Stuart Pearce kagum dengan prestasi Hussein. Bekas jurulatihnya, Rene Meulensteen turut hadir memberikan sokongan kepadanya. Hussein Yasser dalam landasan terbaik untuk mendapatkan kontrak.

Keesokan harinya Pearce memberitahu Hussein dalam nada berseloroh: “Siapa yang mewakili kamu dalam isu kontrak, peguam kamu ataupun Ali [Bernabia]?'”

Guardiola: Kita tak boleh main untuk City

Ketika itulah Hussein tak sangka akan bersama sama dengan Guardiola dan sebilik dengannya. Guardiola turut memberitahunya bahawa orang seperti mereka tak akan menjadi pemain utama Man City,

Hussein berkongsi cerita: “Guardiola memberitahu saya: ‘ Kamu tak akan pernah menjadi pemain City’.”

“Saya tanya dia kenapa? Dia jawab: ‘Sebab corak bola sepak yang mereka mainkan tak sama dengan kita. Saya sendiri pun tak akan mampu bermain dengan mereka. Sebab mereka bermain long ball. Kita pula sukakan bola di kaki dan menunjukkan kualiti kita. Dan kamu hanya akan mendongak melihat bola di atas kepala sepanjang perlawanan. Saya lagi rela bersara daripada main long ball.”

City menawarkan Yasser kontrak setahun. Namun atas nasihat peguamnya, Ramy Abbas (ejen Mo Salah), dia hanya setuju dengan kontrak 6 bulan. Itu adalah keputusan yang dia sangat sesali selepas itu.

“Peguam saya mahukan bayaran lebih besar sebab saya bermain untuk pasukan utama. Saya pun angguk je. Bila kenang balik, itulah salah satu kesilapan terbesar dalam hidup saya.” Yasser menyatakan dia baru melepaskan peluang kedua untuk menjadi pemain Liga Perdana Inggeris.

Yasser menunggu permitnya yang hanya dia dapat pada September. Dia berlatih bersama skuad simpanan. Dan kemudian membuat debut dalam Piala Liga menentang Doncaster.

Seterusnya dia diletakkan di bangku simpanan dalam aksi menentang Arsenal. Kemudian dia kehilangan tempat di bangku simpanan. Lebih teruk, apabila dia mengalami kecederaan lutut dalam aksi antarabangsa menentang Argentina.

Akibat kontraknya yang hanya 6 bulan. Dia tidak dapat berbuat apa apa. Ketika dia pulih, kontraknya sudah menuju pengakhiran dan City memutuskan tidak mahu melanjutkannya.

Yasser yang sangat menyesal dengan keputusannya yang tamak bersama peguamnya dulu, berharap Pearce akan memberikannya peluang kerana menurutnya pengurus itu sangat teruja dengan bakatnya ketika dia mulai tiba dulu.

Yasser akur dan akhirnya dia teringat kata kata Guardiola bahawa Stuart Pearce tak akan pernah menggemari pemain seperti mereka yang gemarkan penguasaan bola. Kerana Pearce sukakan bola sepak Inggeris klasik, lambung dan hambat.

Dia menyatakan bahawa impiannya suatu hari nanti untuk melunaskan urusan yang masih belum selesai di Eropah dengan menjadi pengurus di sana.

Baca yang lain