Hutang €1.3 Billion: Hasil Audit Deloitte Dedah Impak Wabak Cuma 15%, Selebihnya Salah Bartomeu

Jika sebelum ini Bartomeu menyalahkan wabak sebagai punca utama kelab Barcelona berhutang besar. Di mana ia menyebabkan kelab kerugian ratusan juta setahun kerana tidak ada perlawanan di dalam stadium berpenyokong.

Sebenarnya, laporan audit menyatakan, kekayaan Barcelona sebenarnya cukup untuk mengatasi impak wabak yang melanda jika kewangan diuruskan dengan betul beberapa tahun lalu.

Audit tersebut juga menyalahkan ketidakcekapan pentadbiran era Bartomeu yang terlalu boros telah merosakkan akaun kelab mereka secara teruk.

Hanya 15% daripada hutang semasa kelab yang mencecah lebih 1 billion euro.

Laporan ini secara satu demi satu menunjukkan betapa teruknya pengurusan Bartomeu dan lembaga pengarahnya sebelum ini. Di mana Barcelona kini diletakkan dalam situasi sangat sukar.

Pada Mei lalu, Joan Laporta sebelum sudah memberikan bayangan kepada umum bahawa ada situasi yang tidak kena di dalam kelab mereka sebaik sahaja audit pertama dimulakan.

Laporta turut menegaskan bahawa ramai akan terkejut dengan realiti sebenar di sebaliknya kerana ada beberapa masalah sangat rumit untuk diselesaikan.

Berpunca daripada pentadbiran yang teruk dan banyak membuat kesilapan, ianya dikatakan menjadi punca kepada masalah yang ada pada hari ini.

Audit daripada Deloitte menyatakan bahawa kelab sebenarnya berhutang lebih €1 billion ataupun sekitar €1.3 billion.

Seterusnya €420 juta daripadanya perlu dilunaskan dalam tahun ini.

Musim lalu, Barcelona rugi €100 juta, menambah angka hutang sebelum ini yang sudah €400 juta. Barcelona juga berdepan kerugian sekitar €400 juta lagi kerana tiadanya penyokong masuk ke stadium.

Biasanya mereka menjana sekurang kurangnya €320 juta daripada kehadiran penyokong. Angka itu sangat tinggi.

Lebih teruk, pada Januari gaji pemain Barcelona untuk bayaran bulan tersebut ditangguhkan keran terpaksa menunggu kelab mendapat presiden baharu terlebih dahulu pada ketika itu.

Wabak bukan masalah utama

Walaupun menanggung rugi lebih 300 juta euro daripada stadium kosong, laporan audit itu sebaliknya masih tidak menyatakan bahawa pandemik menjadi punca utama kepada masalah tersebut.

Ini kerana Barcelona sebelum itu memiliki dana kewangan yang sangat besar untuk berdepan impak itu jika ianya diuruskan dengan sebaik mungkin. Barcelona dianggap antara kelab terkaya di Eropah pada musim musim sebelum ini.

Audit Deloitte turut menyatakan bahawa angka kerugian daripada wabak hanya sekitar 10% – 15%.

Sekaligus menepis hujah daripada bekas timbalan presiden, Jordi Moix yang menyatakan bahawa impak pandemik membawa kepada 50% daripada beban hutan mereka ketika ini.

Kelab sebenarnya telah gagal dalam urus tadbir kewangan dan perniagaan. Membeli pemain dengan nilai terlalu besar dan kurang impak. 3 pemain dibeli dengan harga lebigh €100 juta adalah sangat besar.

Kelab sebelum ini ada duit yang banyak menerusi penjualan Neymar dengan €222 juta. Ini ditambah pendapatan hari perlawanan yang tinggi.

Barcelona kemudian memasuki fasa di mana mereka sukar untuk menyelesaikan banyak masalah. Barcelona juga gagal menjual pemain pada nilai lebih tinggi.

Berterusan mendapatkan pemain dari kelab lain dengan harga tinggi dan memberikan gaji yang besar untuk menarik pemain datang.

Itu belum disebut perbelanjaan yang tidak perlu termasuk mengupah cyber trooper menyerang pemain sendiri di media sosial. Itu lagi gila!

Di mana Bartomeu dikatakan mengupah sebuah organisasi yang bertindak menyerang dan memburukkan imej pemain senior seperti Lionel Messi dan Gerard Pique di media sosial. Hal ini kerana Bartomeu tidak mahu pemain pemain ini lebih berpengaruh daripadanya.

Presiden Barcelona ketika itu Josep Maria Bartomeu disyaki menjalankan kempen rahsia untuk menjadi presiden sekali lagi pada tahun 2021.

Berita mengenai skandal ini pertama kali disebarkan oleh program Que T’hi jugues di radio SER Catalunya.

Pengurusan Barca didakwa telah mengupah syarikat influencer, 13 Ventures, untuk membersihkan dan menyucikan (whitewashing) nama Josep Maria Bartomeu sebagai presiden kelab.

Syarikat ini mengendalikan 100 akaun Twitter dan Facebook.

Barcelona akan mengadakan pilihan raya presiden pada tahun 2021.

Dalam laporan itu, Josep Maria Bartomeu meminta 13 Ventures menyiarkan kandungan yang mengkritik pemainnya sendiri, termasuk Lionel Messi.

Barcelona juga memabayar beberapa konten untuk mengkritik serangkaian legenda Barcelona seperti Pep Guardiola, Xavi Hernandez, dan Carles Puyol.

Salah satu akaun Facebook di bawah naungan 13 Ventures adalah Alter Sports, yang telah beberapa kali mengemukakan pendapat menyerang Lionel Messi dan isterinya serta Gerard Pique.

Lebih merisaukan, hutang semasa kelab dikatakan sedang menuju ke angka €1.5 billion.

Barcelona kini banyak mendapatkan pemain secara percuma. Dan pada masa yang sama masih berusaha mencari kontrak tajaan lebih lumayan daripada sedia ada, sama ada daripada penaja sedia ada ataupun prospek penaja baharu.

Baca yang lain

Bayern Sedia Lantik Semula Nagelsmann

Bayern Munich dilaporkan mempertimbangkan untuk membawa pulang Julian Nagelsmann dan pembantunya, Sandro Wagner ke kelab itu menggantikan Thomas Tuchel. Nagelsmann pernah menjadi