Hutang €80 Juta PSG Dekat Mbappe Dikira Hangus

Kylian Mbappe dan PSG dilaporkan sudah mencapai kesepakatan tentang bonus kestiaan bernilai €80 juta jika pemain itu pergi meninggalkan kelab itu secara percuma.

Buat masa ini, PSG masih berusaha untuk melanjutkan kontrak Kylian Mbappe. Malangnya pemain itu masih tidak memberikan komitmen untuk kelab itu.

Mbappe sebelum ini memiliki klausa bonus kesetiaan di mana dia akan menerima pampasan €80 juta jika dia tidak berpindah pada perpindahan musim panas 2023.

Mbappe ketika itu menolak lanjutan kontrak setahun yang termaktub sebagai klausa khas dalam kontraknya. Kemudian PSG cuba menjual pemain itu ke kelab di Saudi namun ditolak oleh Mbappe.

Membuatkan Nasser Al Khelaifi sangat bengang dan mersasakan Mbappe cuma nakkan bonus kesetiaan itu sahaja untuk terus kekal di PSG sehingga akhir musim 2023/24.

Mbappe kemudian diminta untuk berpindah atau melanjutkan kontrak. Jika tidak dia tak akan dibenarkan berlatih atau bermain dengan pasukan utama. Mbappe tidak diturunkan dalam beberapa aksi awal PSG.

Akhirnya satu rundingan 4 mata antara Mbappe dan Khelaifi. Pemain itu dikembalikan ke pasukan utama. Dan terbaru laporan menyebut Mbappe setuju untuk melupakan bonus €80 juta, yang sebenarnya PSG masih berhutang dengan pemain itu.

Sepatutnya PSG membayarnya pada Ogos. Namun isu itu tertangguh kerana perbalahan antara kedua dua pihak masa itu.

Mbappe hanya akan mendapat bonus itu jika dia melanjutkan kontrak jangka panjang yang baharu di PSG.

Mbappe masih dikaitkan dengan perpindahan ke Real Madrid. Walaupun kelab itu tidak terlalu terdesak seperti sebelum ini mahukan Mbappe. Real Madrid sudah ada back up plan untuk Mbappe. Di mana mereka mendapatkan Endrick.

Jika Mbappe menyertai mereka, pemain itu boleh bermain di posisi penyerang utama.