Hutang Kasar Real Madrid Hampir €1 Billion

Hutang kasar Real Madrid telah meningkat menjadi €901 juta. Dengan itu, angka terbaru itu meletakkan bereka di belakang saingan Barcelona dengan beban hutang yang sangat besar..

Musim wabak telah mempengaruhi semua kelab bola sepak dari segi pendapatan, tanpa penyokong hadir ke dalam stadium di seluruh Eropah sejak Mac tahun lalu.

Kelab terkaya di dunia, Real Madrid juga tidak kebal terhadap masalah dan Real telah mengumumkan sejumlah hutang besar dalam Mesyuarat Agung Tahunan mereka.

Menurut SPORT, Los Blancos mendedahkan hutang kasar sebanyak €901 juta. Angka itu di belakang hutang kasar Barcelona sebanyak €1.2 bilion euro.

Juara Sepanyol itu mempunyai hutang bersih €355 juta dan €114 juta itu disebabkan oleh pengubahsuaian Bernabeu, yang menyebabkan mereka bermain di Estadio Alfredo Di Stefano pada ketika ini.

Real ada €203 juta hutang jangka pendek. Walaubagaimanapun angka itu jauh lebih rendah daripada pesaing mereka.

Di mana Barcelona dilaporkan berhutang jangka pendek sebanyak €730 juta. Sebagai tambahan, daripada jumlah itu €126 juta adalah hutang untuk perpindahan pemain sahaja dengan 19 kelab berbeza.

Barcelona wajib melangsaikan €420 juta daripada hutang mereka dalam tahun ini.

Real Madrid buat pertama kalinya tidak membeli sebarang pemain pada jendela perpindahan mereka. Membuatkan Zidane tidak dapat menguatkan lagi pasukannya untuk mempetahankan kejuaraan liga.

Langkah itu ternyata benar benar membantu mereka untuk mengurangkan impak kewangan yang melanda mereka. Jika tidak, pastinya mereka akan berdepan dengan situasi yang sama seperti Barcelona.

Selain itu Achraf Hakimi, Sergio Reguilon dan Oscar Rodriguez adalah antara pemain yang dijual, James Rodriguez dibenarkan untuk pergi dan Gareth Bale dan Borja Mayoral dipinjamkan.

Pada bulan Januari Luka Jovic dan Martin Odegaard juga diizinkan untuk meninggalkan Bernabeu dengan tawaran jangka pendek, kerana pihak kelab mahu menjimatkan gaji mereka.

Tidak mengejutkan, memandangkan kedudukan kewangan mereka, bahawa Real dan Barca telah menjadi dua pasukan yang mendesak untuk Liga Super Eropah.

Kerana mereka mahu menjadi pasukan yang boleh menjana pendapatan setara dengan kelab kelab besar di EPL.

Selain itu Real Madrid masih berbincang dengan beberapa bintang utama mereka untuk kontrak baharu. Ini termasuk kapten Sergio Ramos yang akan menjadi ejen bebas pada musim hadapan.

Real Madrid juga masih cuba mengeluarkan beberapa lagi pemain daripada senarai pasukan mereka, untuk mengimbangi kadar gaji pemain. Dan mungkin untuk membolehkan mereka membawa masuk pemain baharu pada musim musim hadapan.

Seperti Barcelona, Real Madrid juga cuba meyakinkan para pelabur dan penaja sedia ada untuk terus kekal bersama mereka. Pada masa yang sama meluaskan penarian pelabur serta penaja yang baharu dari seluruh dunia.

Harapan utama Real Madrid sekarang pastinya mahu wabak yang melanda segera berakhir dan mereka akan dapat menjana pendapatan berterusan daripada penjualan tiket apabila Santiago Bernabeu dibuka kelak.