I Saw The Devil: Kisah Dendam Dan Psikopat

Filem I Saw The Devil merupakan salah satu naskah gore daripada Korea Selatan. Ianya merupakan filem bertemakan balas dendam.

Seperti yang kita sebelum ini sedia maklum, naskah filem dengan plot balas dendam ini memang ramai peminatnya. Sama macam cerita hantu.

Filem ini bermula dengan kisah seorang wanita yang lemah lembut – keretanya rosak di satu kawasan gelap. Dia menghubungi tunangnya dan meminta bantuan.

Namun apa yang berlaku, perjumpaan mereka seterusnya hanyalah satu tragedi.

Wanita yang bernama Joo-yun (Oh San-ha) itu diculik, dirogol, dan lebih teruk disembelih dalam satu babak yang dipaparkan secara horror sekali pada skrin.

Dari awal para penonton akan diselubungi dengan rasa sedih marah dan mahu pembunuh itu mendapat hukuman yang setimpal.

Watak utama mereka seorang ejen rahsia polis Soo-hyun (Lee Byung-hun) . Namun dia kali ini mengambil tindakan undang undang dengan tangan dia sendiri. Dia mencari pembunuh itu dan berjanji akan memberikan kesengsaraan beribu kali ganda.

Bezanya, watak utama yang membalas dendam dalam filem ini mempunyai cara lain untuk membalas dendam atas tindakan pembunuh itu.

Dia mulai mendapatkan bantuan daripada seorang rakannya dalam pemburuannya dan membawa satu pepijat khas yang akan membuatkan pembunuh itu berada dalam radarnya sepanjang masa.

Dendam yang membara membuatkan Soo Hyun hilang pertimbangan. Dia menyenaraikan 4 saspek kes. Dan dia membunuh mereka sepanjang penyiasatannya. Walaupun dia tahu ada antara mereka tiada kaitan dengan pembunuhan tunangnya, namun kebenciannya ke atas kesalahan jenayah membuatkannya menghukum mereka dengan ‘mahkamahnya’ sendiri.

Akhirnya Soo-hyun tiba kepada suspek ketiga, seorang lelaki bernama Kyung-chul (Choi Min-sik).

Kyung Chul sebenarnya sudah banyak membunuh mangsa wanita dengan cara yang serupa dengan cara sangat sadistik. Dia seorang psikopat yang digelar ‘monster’ kerana melihat mangsanya merayu rayu dalam kesakitan memberikannya kegembiraan.

Selepas mengetahui itulah pembunuh tunangnya, Soo Hyun telah membelasah teruk Kyung Chul.

Namun Kyung Chul tidak dibunuhnya terus, dia membiarkan sahaja pembunuh itu hidup malah memberikannya wang yang dimasukkan dalam sampul.

Kyung Chul tetap cuba mencari mangsanya. Namun setiap kali itulah juga dia dibelasah, dibantai dan diseksa oleh Soo Hyun. Benar, Soo Hyun mulai menjadikan kesengsaraan Kyung Chul sebagai permainannya.

Soo Hyun kini menjadi pemburu dan Kyung Chul menjadi mangsa buruannya walaupun dalam masa yang sama dia juga memburu orang lain.

Kejahatan Kyung Chul dan dendam Soo Hyun membuatkan para penonton mulai ‘menghalalkan’ Soo Hyun melakukan perkara perkara yang kejam.

Kegeraman penonton terus disajikan dengan beberapa lagi ‘hidangan’ kejahatan Kyung Chul yang sangat tidak boleh diterima.

Di sepanjang perjalanan kejar mengejar itu, kita didedahkan dengan ada lagi wajah iblis yang hidup di kalangan orang ramai.

Kyung Chul sangat pelik kenapa dia seringkali kantoi, dan lokasinya dapat dijejaki.

Namun pembalasan dendam Soo Hyun juga tidak hanya mempertaruhkan nyawanya. Namun nyawa orang tersayangnya yang lain.

Soo Hyun akhirnya bertemu dengan keluarga Kyung Chul. Di mana mereka merupakan keluarga yang baik baik. Dia ada anak lelaki.

Sehinggalah pada endingnya, baru kita semua terpaku dengan berbisik menyatakan sebenarnya kita melihat seorang psikopat telah melahirkan seorang lagi psikopat baru.

Ya, Soo Hyun sebenarnya psikopat baru yang dilahirkan oleh Kyung Chul. Dia mulai hilang simpati langsung kepada apa sahaja berkaitan dengan Kyung Chul.

Filem ini memang sangat menarik dari segi penceritaannya dan juga sinematografinya. Kalau korang peminat naskah  Oldboy, filem ini korang boleh pertimbangkan dalam senarai.

Namun kalau korang tak suka filem yang berdarah dan gore, filem ini rasanya tidak sesuai untuk anda.

Pengarah filem cuba sebaik mungkin memaparkan beberapa detik gore dengan sejelas mungkin menerusi shot dalam filem ini.

Jadi, si iblis akhirnya melihat sendiri seekor lagi iblis di depan matanya!