Ian Wright Anggap ‘Ronaldo Pakar Sepakan Percuma’ Hanya Satu Mitos Berdasarkan Statistik

Ian Wright menganggap ulasan pundit setiap kali Ronaldo mengambil sepakan percuma dengan merujuk pemain itu sebagai pakar adalah satu mitos.

Pemain berusia 36 tahun itu hampir menewaskan Courtois semalam dengan sepakan percuma deras dari luar kotak penalti.

Kegagalan Ronaldo itu membuatkan rekod bola mati Ronaldo terus teruk terutama sekali di dalam kejohanan major. Sejak melakukan debut untuk Portugal pada 2014, Ronaldo gagal menjaringkan sepakan percuma dalam Euro selepas 28 kali percubaan.

Dan kali terakhir beliau menjaringkan gol dalam aksi major menerusi sepakan percuma adalah ketika menewaskan David De Gea untuk melengkapkan hatrik beliau ketika itu.

Jadi itu adalah satu satunya sepakan percuma yang menerjah gawang oleh Ronaldo dalam Piala Dunia dan Euro.

Sudah pastinya Ronaldo memiliki kompilasi sepakan percuma cantik dan ikonik sepanjang kariernya. Antaranya gol sepakan percuma ketika menentang Portsmouth, Arsenal dan Celta Vigo, itu antaranya.

Walaupun Ronaldo sudah menjaringkan 56 gol menerusi sepakan percuma dalam kariernya, namun Ian Wright sama sekali tidak yakin bahawa Ronaldo adalah pemain terbaik untuk urusan itu.

Wright berkata: “Berapa banyak sepakan percuma yang Ronaldo sebenarnya benar benar sempurnakan?”

“Saya terbaca orang tulis yang dia hanya skor 1 daripada 50 percubaan terakhirnya. Itu ibarat satu mitos, ‘itu dia Ronaldo akan mengambil sepakan percuma, berjaga jaga semua’. Tetapi lepas tu tiada apa pun berlaku.

Patrick Vieira pula memuji aksi Courtois yang sebenarnya berjaya menafikan sepakan percuma deras Ronaldo itu.

“Kamu memang akan jangka Courtois akan melakukan save seperti itu. Jika dia melepaskannya, dia akan kecewa dengan dirinya. Itu adalah save yang bagus daripada Courtois.”

Wright mencelah: “Apa? Selamatkan free kick macam tu? Courtois ada banyak masa kot nak tengok bola tu. Ditambah, Ronaldo tak skor banyak gol dari sepakan percuma.”

Perdebatan itu memang agak menarik. Netizen dan beberapa pemerhati bola sepak lain sertainya.

Admin HITC berkata: “Jika Ronaldo bukan Ronaldo, dia dah lama tak ambil tugasan sepakan percuma sejak 2012.”

Seterusnya beberapa lagi pemerhati bola sepak memberikan pandangan mereka:

Mungkin dalam beberapa musim kebelakangan ini sepakan percuma Ronaldo kurang menjadi. Tetapi ketika prime beliau dahulu, memang Ronaldo memiliki ancaman sepakan percuma yang sangat bahaya.

Baca yang lain

Tuchel Tuduh Pengadil Memihak Arsenal

Thomas Tuchel menuduh pengadil sebagai berat sebelah memihak kepada Arsenal. Ini selepas beberapa keputusan pengadil dianggap memihak Arsenal dan tidak kepada Bayern.