Ian Wright menyatakan dia sekarang ‘dah nampak dah semua’ setelah dia kecewa dengan sikap Diogo Jota ketika pemain itu dituduh sanggup dive berbanding menolak bola ke dalam gawang terbuka.
Jota masuk pada baba kedua dan menjadi antara gamechanger untuk Liverpool. Pemain itu mencipta assist untuk gol ketiga Liverpool yang disudahkan oleh Cody Gakpo.
Namun pada masa kecederaan, Jota membuat kontroversi apabila dia dilihat menjatuhkan badannya selepas dia melepasi penjaga gol.
Ulang tayang menunjukkan memang ada kontak pada awalnya, namun Jota sudah melepasi kontak itu dan tiba tiba dia menjatuhkan diri serta tidak cuba mengekalkan keseimbangan badannya untuk menjaringkan gol.
Pengadil Anthony Taylor memberikan penalti. Dan VAR dikatakan tidak masuk campur dalam keputusan pengadil itu.
Alan Shearer menulis: “Persetubuhan [fxxxing] memalukan.”
Seterusnya penyerang legenda Arsenal, Ian Wright pula mengecam Jota yang lebih memilih untuk menjatuhkan dirinya berbanding dengan menjaringkan gol.
Wright menulis di X: “Lebih sanggup menjatuhkan diri untuk mendapatkan penalti daripada menolak bola masuk ke gawang terbuka! Dah nampak dah semua ni.”
Legenda Liverpool sendiri, Jamie Carragher turut mengecam Diogo Jota: “Kenapa dia tak tolak saja bola tu masuk!!!”
Jota v Newcastle. Penalty? It's a penalty right? pic.twitter.com/0xAeOm8NAl
— Paul (Maych) Machin (@ThePaulMachin) January 2, 2024
Seterusnya legenda Chelsea, John Terry turut menulis: “Entah macam manalah itu boleh penalti? Dive yang mengejutkan! Perkara paling teruk, VAR pun memberikan penalti.”
Ian Wright and John Terry weren't happy with Diogo Jota's penalty being awarded 😬 pic.twitter.com/wA3VAOTdrU
— Football on TNT Sports (@footballontnt) January 1, 2024
Mo Salah menyempurnakan penalti tersebut untuk Liverpool menang 4-2. Sebelum itu Salah gagal menyempurnakan penalti pada separuh masa pertama.
Eddie Howe selepas perlawanan berkata: “Saya tak rasa penalti kedua itu adalah penalti. Dan saya fikir Sean Longstaff sebelum itu patut dapat penalti”
“Bagi saya penalti itu tak patut diberikan. Dia ada membuat dua langkah sebelum dia jatuh, jadi itu bukan penalti. Bahkan yang pertama, pun saya tak tahu macamana penalti boleh diberikan. Kontak [ke atas Diaz] sangat lembut.”