Ibarat Football Manager Di Dunia Sebenar, Oliver Glasner Bantu Palace Menang Trofi Sulung

Crystal Palace bergelar juara Piala FA 2024/25 setelah menewaskan Manchester City di final.

Ini adalah trofi major pertama Palace di dalam sejarah bola sepak Inggeris dalam 164 tahun sejarah kelab itu. Menewaskan pasukan Manchester City yang sarat bintang.

Jaringan tunggal Erebechi Eze minit ke-16, sudah cukup untuk memastikan skuad Sang Helang itu berjaya mencipta sejarah menjuarai Piala FA Inggeris.

Ini juga bermakna, Man City tamatkan musim 2024/25 tanpa sebarang trofi. Dan ianya pertama kali Man City gagal memenangi sebarang trofi sejak 2016/17.

Ianya musim sangat mengecewakan buat Pep Guardiola selepas dia berbelanja GBP180 juta pada Januari. Masih gagal untuk membantu kelab itu memenangi trofi.

Dalam perlawanan ini City memiliki peluang keemasan untuk menyamakan kedudukan apabila diberikan sepakan penalti.

Entah kenapa Erling Haaland menyerahkan tugasan penting itu kepada Omar Marmoush. Dean Henderson menjadi wira Palace menyelamatkan penalti Marmoush. Dan Haaland pula gagal melakukan susulan dengan lebih baik.

Oliver Glasner dianggap telah melengkapkan misi permainan Football Manager di alam nyata. Apabila membantu Palace menjuari trofi major pertama kelab itu. Sekaligus membawa kelab itu layak ke UEL musim hadapan.

Dia hanya dilantik oleh Palace pada 18 bulan yang lalu. Dan kini sudah berstatus legenda di hati peminat Palace.

Dan lihatlah betapa bermaknanya kejayaan ini buat peminat Palace.